Friday 27 February 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NBD KE 25

SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NBD KE 25
DAN
HARI PERLANTIKKAN KETUA-KETUA MURID 2009




Hari ini adalah hari yang paling bersejarah bagi murid-murid SRMHT kerana mengadakan 3 majlis.
Majlis bagi SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NBD KE 25
MAJLIS HARI PERLANTIKAN KETUA-KETUA MURID SRMHT
DAN
MAJLIS MERA'IKAN GURU-GURU YANG BERPINDAH KE SEKOLAH LAIN

Alhamdulillah acara ini bermula pada jam 9:30 pagi.
Bagi memberkati acara in
i , bacaan SURAH AL FATIHAH dibacakan secara beramai -ramai yang diketuai oleh YM. Ustaz Sahar bin Hj. Dayman, Ketua Guru Ugama SRMHT.
Selepas bacaan Al Fatihah, Lagu Kebangsaan " Allah Peliharakan Sultan"
di
kumandangkan dengan semangatnya.
Seterusnya bermula dengan penyampaian LENCANA kepada KETUA-KETUA MURID ( Prefek ) telah disampaikan oleh YM. Cikgu Umar Ali bin Hj.Ismail - Pegawai Pelajaran / Guru Besar SRMHT.
Seramai 26 orang prefek telah dilantik atas pemilihan AJK Disiplin Sekolah dan juga Guru-Guru Kelas.
HEAD PREFECT 2009 - Awg. Eddy Asrul bin Asut dan ASST. HEAD PREFEC
T 2009 - Dyg. Amirah binti Hj.Abd. Rashid.


Di
teruskan dengan penyampaian LENCANA bagi Ketua-ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Ketua Kebersihan dan Penolong Ketua Kebersihan di mana penyampaian ini dilakukan secara serentak.


Ketua Darjah disampaikan oleh Cikgu Junaidi bin Hj.Siput
( Pegawai Pelajaran / Penolong Guru Besar SRMHT )
Cikgu Hjh. Naemah binti Simpol
( Guru Kanan Pentadbiran / Ketua Pengawas Disiplin Sekolah )


Cikgu Muhd. Haszman bin Hj.Aliuddin
( Penolong Guru Kanan E.C.A )
Cikgu Dk.Hjh. Intan binti Pg.Hj.Jumat
( Pegawai Pelajaran / Guru Kaunseling & Bimbingan )

Selesai penyampaian Lencana, diteruskan pula dengan penyampaian "BUKU PANDUAN & DISIPLIN SEKOLAH" bagi murid-murid baru yang bertukar di sekolah ini ( seramai 11 orang ) dan telah disampaikan oleh YM. Cikgu Zainin bin Lian - AJK Disiplin Sekolah.


Pihak sekolah mengharapkan kepada semua murid di sekolah ini akan dapat mematuhi peraturan sekolah dan juga menjaga disiplin dengan baik. Sebagaimana Tema bagi hari Perlantikan KETUA-KETUA MURID
" BERDISIPLIN MEYEMPURNAKAN KEHIDUPAN MASA DEPAN"

dan berkaitan dengan tema Jubli Perak Hari Kebangsaan NBD ke 25 tahun di mana
"KEDEWASAAN BERNEGARA" menunjukkan bahawa murid-murid tersebut akan dapat berfikiran secara dewasa dan boleh menjalankan tugas & tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Selesai semua penyampaian LENCANA dan buku-buku PANDUAN PERATURAN
& DISIPLIN kepada murid-murid tersebut, bacaan IKRAR KETUA MURID telah dilaksanakan, di mana semua murid yang telah dilantik pada hari ini telah berikrar dan berjanji bersama-sama bagi menjalankan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan. Bacaan Ikrar ini telah diketuai oleh HEAD PREFECT, Awg. Eddy Asrul bin Asut.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, Lagu-lagu PATRIOTIK telah dikumandangkan dan
dinyayikan beramai-ramai . Guru Besar, Guru-Guru dan Murid-murid semua bersama-sama menyanyikan lagu PATRIOTIK -
"Brunei Bumi Bertuah, Purih Bangsa dan Berkibarlah Bendera"




Seterusnya, GB menyampaikan ucapan bagi menyempurnakan ketiga-tiga majlis tersebut.
Bagi guru-guru yang dirai'kan pula,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa dan berkesudian menerima udangan hadir dan menjayakan lagi majlis ini.

Guru-guru yang dira'ikan juga telah diberi laluan untuk menyampaikan ucapan dan kata pesanan bagi semua warga sekolah dengan diakhiri pantun yang bermakna.

Buah durian buah nanas,
Rasanya sedap lagi nyaman;
Lama sudah saya bertugas,
SR. Muda Hashim tetap jadi kenangan.
- dari Cikgu Firdaus



Di SR.Muda Hashim ada Cikgu Umar Ali,
Di SR. Tutong Kem ada Cikgu Omar Ali;
Salah dan silap memang dikesali,
Bah minta maaf tah ku berkali-kali

-dari cikgu Hazibah
Selepas ucapan, Hadiah Cenderahati kenang-kenangan telah disempurnakan oleh Guru Besar.


YM. Cikgu Muhd. Firdaus bin Abdullah
bekas Guru Kanan Pentadbiran II

YM. Cikgu Hazibah binti Hj.Abdul Manan- bekas Penolong Guru Besar
dan YM. Cikgu Eda Zuryana binti Hj.Abd. Momin - bekas Guru I.C.T

Jangan dibawa makanan bagas-bagas,
untuk berkelah di Pantai Seri Kenangan;
Walaupun jauh kamu bertugas,
Jasa di SR. Muda Hashim tetap dikenang.

-dari wakil guru srmht


Bagi memberkati majlis ini, DOA SELAMAT telah dibacakan oleh YM Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.
Pihak sekolah juga tidak lupa mengenangkan atas jasa bakti yang dicurahkan selama biscikgu bertugas di sekolah ini. Semoga biscikgu akan sentiasa berjaya walau dimana saja berada.


Sebelum menikmati jamuan, murid-murid diberi peluang untuk bersalam-salaman bersama dengan bekas guru mereka yang mana pernah mendidik mereka sepanjang bertugas di sekolah ini. JASA CIKGU SENTIASA KAMI KENANG.... TERIMA KASIH CIKGU.


Selesai bersalam-salaman, semua murid juga menerima bekalan makanan untuk menikmati jamuan bersama-sama.



Sebelum menikmati jamuan, guru-guru yang dira'ikan jua sempat mengambil gambar kenang-kenangan sama Libarian sekolah ini Dyg. Masalamah binti Hj. Md. Noor. Persahabatan tidak akan putus walau jauh dimata tapi masih dekat dihati.

Alhamdulillah, acara berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 11.30 am.

Tuesday 24 February 2009

CHORAL READING

Sekolah ini telah menyertai "Choral Reading competition" yang mana diadakan pada 25 Februari 2009 di Sek PDN. PJ. Sengkarai, Tutong.

Sebelum hari pertandingan, Cikgu Nurhanisah dan Cikgu Seri Memi Fauziahwati telah berusaha mendidik dan menunjuk ajar kepada murid-murid yang terlibat. Latihan-latihan tersebut juga telah diadakan semasa cuti sekolah sebelum hari pertandingan. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga murid yang terlibat kerana memberikan sokongan, moral dan kerjasama bagi menjaya aktiviti sekolah.


Aksi-aksi murid rendah bawah dan rendah atas semasa mengadakan latihan.
Mereka juga menunjukan semangat yang gigih tidak mengira penat lelah... masih boleh bergaya apa yang diarahkan.... syabas kepada semua murid-murid yang terlibat dan kepada guru pengawasnya.



Pertandingan ini adalah termasuk program PROSEB bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tutong dan dibahagikan kepada beberapa zone.
SRMHT adalah termasuk zone B di mana 4 buah sekolah bertanding.
Sekolah yang terlibat seperti
Sek. PDN. PJ. Sengkarai sebagai Tuan Rumah
SR. Muda Hashim, SR. PM. Mahkota dan SR. Keriam.
P

Aksi murid-murid SRMHT bagi Rendah Bawah

Aksi murid-murid bagi Rendah Atas


Cikgu Hanisah guide the students..


Diakhir pertandingan telah diumumkan keputusan di mana SRMHT kategori RENDAH BAWAH telah mendapat JOHAN dan kategori RENDAH ATAS tempat ketiga.
TAHNIAH & SYABAS!!!!!!!


Dengan bangganya..... Cikgu Nurhanisa naik ke pentas menerima hadiah...
dan dikuti peserta kategori Rendah Bawah....:)




Murid-murid rendah bawah nampak happy menerima hadiah masing-masing......
teruskan usaha kamu dan insyaallah mudah-mudah KEJAYAAN sentiasa mendekati kamu semua AMIN.....


Kategori Rendah Atas di pimpin oleh Cikgu Seri Memi Fauziahwati

Kategori Rendah Bawah dipimpin oleh Cikgu Nurhanisah

Gambar ramai kenang-kenangan bersama dengan GB SRMHT
YM. Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail.

Wednesday 18 February 2009

PROGRAM AKTIVITI SEKOLAH

Aktiviti Program Membaca selama 20 minit kepada murid-murid berjalan dengan lancar. Setiap guru ditugaskan untuk mengawas murid-murid seramai 8 ke 9 orang setiap pagi selepas selesai perbarisan/perkumpulan pagi kecuali hari khamis bagi Rendah Atas.

Ini adalah untuk memudahkan guru-guru untuk mengatasi masalah murid yang masih lemah dalam pembacaan. Dalam pada masa yang sama, guru-guru telah menjalankan sesi intervensi kepada murid yang memerlukan bimbingan. Alhamdulillah rancangan ini berjalan dengan lancar dan telah dilaksanakan oleh semua guru. Semoga dengan usaha-usaha yang diberikan sekolah ini akan mencapai akademik yang memuaskan... dan tercapai objektif yang diharapkan.




Aktiviti ECA

Bahagian ECA tidak ketinggalan untuk memberi galakan kepada murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan.
Murid-murid yang terpilih akan mewakili SRMHT dalam Perlawanan Bola Sepak dan juga Perlawanan Bola Jaring.

(gambar bawah)
Cikgu Muhd. Haszman, Ustaz Sahar dan juga Awg. Nurirol bekerjasama membuat gelangang BOLA JARING bagi memudahkan murid-murid mengadakan latihan.





Keesokan hari.....
Cikgu Normas Aizah dan juga Cikgu Farah Wahidah ( guru pengawas bahagian BOLA JARING ) bersemangat melatih murid-murid yang dipilih bagi mewakili sekolah ini.






Semoga berjaya~

Pengawas Bahagian Kesihatan menjalankan tugas

Dalam kesibukan memberi pengajaran & pembelajaran kepada murid, guru pengawas bahagian KESIHATAN di sekolah ini ( cikgu Salinah & Cikgu Bariah ) juga mengambil berat tentang kesihatan murid-murid.
Guru pengawas bahagian kesihatan berperanan bag mengawasi kesihatan murid-murid terutama sekali berkenaan dgn "Penyakit HMF - tangan, mulut dan kaki".
Ini adalah langkah awal untuk berwaspada supaya murid-murid di sekolah ini terselamat dari gejala-gejala yang tidak diingini.
Selepas acara menaikkan bendera, baca doa dan seterusnya aktiviti membaca sifir secara ramai, murid-murid telah diperiksa kuku dan tangan mereka. Guru-guru yang menjaga hari tersebut juga sama-sama melaksanakannya.




Semua murid sentiasa diingatkan supaya menjaga kebersihan diri. Pihak pengawas kesihatan akan sentiasa mengawasi tentang kebersihan diri murid-murid. Selain daripada itu juga, untuk berjaga-jaga, murid-murid sekolah ini telah disediakan alat-alat kebersihan diri seperti penyuci tangan dan tisu pengelap supaya murid sentiasa membersihkan tangan mereka terutama sekali selepas ke tandas atau mengutip sampah.

Apa yang diharapkan, Murid-murid selalu mengamalkan kebersihan supaya kesihatan tidak mudah terjejas.