Sunday 1 March 2009

WALKATHON - JAPSER TUTONG

Hari ini guru-guru sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong menghadiri perhimpunan bagi "Walkathon" anjuran Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah ( JAPSER).
Tetamu Kehormat Yang Mulia Hj. Akip bin Hj. Burut - Pengarah Kenaziran.
Sebelum acara dimulakan, Cikgu Hj.Rosli bin Hj.Akup sebagai pengerusi JAPSER menyampaikan ucapan alu-aluan, dan ucapan dari TTK seterusnya merasmikan acara tersebut. Bagi menyempurnakan lagi, senamrobik dimulakan dengan acara memanaskan badan.





Guru SRMHT juga tidak ketinggalan menghadiri bersama-sama acara tersebut.




Hon dibunyikan oleh Tetamu Kehormat menandakan
acara berjalan kaki dimulakan dengan peserta guru-guru wanita sejauh 3 km.

dan seterusnya bagi peserta guru lelaki.
Hon di
bunyikan oleh YM Cikgu Hjh.Hamidah - Pegawai Kenaziran
Tetamu Kehormat juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara Walkathon ini.


Semasa Walkathon dilangsungkan, YM Cikgu Hjh.Rosni Hj.Tunggal - Pegawai Pelajaran Kanan JSST telah menyampaikan cenderahati sebagai kata penghargaan kepada pebawa Senamrobik.

Sebahagian guru wanita yang bertugas bagi pengawas permakanan bersiapsedia
untuk menyediakan bekalan minuman peserta-pe
serta

Walaupun tidak menyertai berjalan kaki bersama peserta guru wanita yang lain,
mereka peka dengan tugas yang diarahkan.




Berjalan jauh tidak dikira.... janji sampai ke distinasi dgn selamat...ALHAMDULILLAH

Diakhir acara, penyampaian hadiah bagi kutipan derma yang terbanyak dan seterusnya cabutan nama-nama bertuah disampaikan oleh TTK.