Saturday 18 July 2009

DOA HINDARI DARI WABAK INFLUENZA A H1N1

Pemeriksaan SUHU BADAN murid masih dijalankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada merebaknya wabak INFLUENZA A H1N1



Tandas dan penjagaan kebersihan diri sentiasa diarahkan dan dipantau setiap masa.



Murid-murid diarahkan untuk sentiasa membersihkan tangan sebelum dan selepas rehat.



Pada hari ini bermulanya AKTIVITI MEMBACA DOA
waktu pagi sebelum pengajaran & pembelajaran bagi sesi awal dimulakan
untuk menghindari dari Wabak INFLUENZA A H1N1
Doa dibacakan pada jam 7:30pagi dengan menggunakan pembesar suara
diketuai oleh Ketua Guru Agama YM Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Doa diAMINkan oleh semua WARGA sekolah di dalam darjah masing-masing.



Pada setiap Hari Sabtu, waktu ECA bahagian badan AGAMA dan badan ECA SRMHT bergabung untuk menjalankan
AKTIVITI MEMBACA SURAH YAASIN
dan SEMBAHYANG HAJAT
dengan diawasi oleh guru-guru Rendah Atas.
dan murid & guru perempuan Rendah Atas yang beragama Islam diarahkan untuk membawa TELKONG bagi melaksanakan bersama-sama di Bilik Ibadat SRMHT.





Sementara bahagian Rendah Bawah pula diarahkan untuk membaca doa khas dalam dewan bersama-sama dengan guru-guru bahagian rendah bawah.

Semoga dengan USAHA dan IKHTIAR yang dirancangkan ini nanti akan dapat mengurangkan masalah bagi semua WARGA SEKOLAH ini khasnya dan Negara Brunei Darussalam amnya dan akan SELAMAT selama-lamanya.
AMIN-AMIN YA RAB BAL AL AMIN
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics


Petikan Video Bacaan Doa untuk Menghindari dari PENYAKIT INFLUENZA A H1N1

Friday 10 July 2009

Hari ke 3 pemeriksaan SUHU BADAN Warga Sekolah

Hari ke 3, guru-guru yang bertugas seterusnya menjalankan pemeriksaan suhu badan warga sekolah




Waktu pagi sebelum masukan ke bilik darjah, (selepas pemeriksaan dlm dewan) murid diarahkan untuk mencuci tangan sebelum masuk ke bilik darjah masing-masing.
Laporan suhu badan purata dibawah 38 celsius.

HARI KE 2 PEMERIKSAAN SUHU BADAN

Pemeriksaan Suhu Badan Hari ke 2 telah dilaksanakan oleh guru-guru yang ditugas pada hari tersebut.

Guru lelaki mengawas bahagian pintu masuk

Ibu bapa sedang menghantar anak-anak mereka melalui pintu luar pagar dan masuk dibahagian pintu kecil yang diarahkan seterusnya masuk ke dewan bagi pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke bilik darjah masing.

Guru Besar sedang di temuramah oleh RTB untuk mengetahui plan tindakan yang telah dijalankan oleh sekolah ini sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak atasan.

PGB sebagai ketua pengawas kesihatan juga sama-sama memantau dan bekerjasama dengan guru-guru yg bertugas bagi menjalankan pemeriksaan suhu badan murid.


Selain murid, ibu bapa dan pemborong makanan juga tidak terkecuali untuk diperiksa suhu badan.

Kelas-kelas belajar seperti biasa.
Walaupun menggunakan penutup mulut bukan bererti sulit bagi murid-murid tersebut untuk meneruskan pelajaran yang diajarkan. Ini adalah langkah bagi berjaga-jaga dan berwaspada.
Mencegah
adalah lebih baik
daripada
mengubati.

Virus tidak mengenali umur atau sesiapa sahaja. Mudah-mudahan di sekolah ini tidak menghadapi penyakit jangkitan ini..... NA'UZUBILLAH HIMIN ZALIQ....

Sepanjang pengajaran yang dijalankan tidak lupa juga murid-murid diarahkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan sebelum rehat dan selepas rehat
( sebelum masuk ke bilik darjah )

Pembersih sentiasa membersihkan tandas dan menggunakan air antiseptik untuk membunuh kuman.
Selain warga sekolah diperiksa, tandas guru dan murid sentiasa dipantau dan periksa.
Pada hari ini, alhamdulillah... purata suhu badan diperiksa di bawah 38 celsius dan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.

Monday 6 July 2009

6.7.2009 ( ISNIN ) - Sekolah ini telah melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh pihak atasan.

Pada jam 6.15pagi telah pun sampai ke sekolah dan telah diarahkan untuk menuju ke dewan untuk pemeriksaan SUHU BADAN. Pemeriksaan ini telah dilaku sehingga jam 7.50pagi.

YM. Cikgu Umar Ali telah memulakannya dgn menggunakan alat INFERED THERMOSCOPE , dan tidak ketinggalan juga menjalankan tanggongjawabnya memeriksa SUHU BADAN murid-murid yang datang awal.

dan seterusnya dijalankan oleh guru-guru yang bertugas pada hari ini ISNIN.


Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah juga
tidak TERKECUALI bagi pemeriksaan SUHU BADAN.


Setelah SUHU BADAN diperiksa, suhu badannya dicatat dlm stiker dan dilekatkan pada baju bagi menandakan murid, guru dan kakitangan tersebut telah diperiksa.
Seterusnya catatan tersebut akan dicatat oleh guru darjahnya masing-masing.

Alhamdulillah atas kerjasama dari semua pihak rancangan pemeriksaan suhu badan dilaksanakan dengan sempurna.

Ini adalah sebahagian murid-murid yang menggunakan MASK
yang mana Ibu bapa / Penjaganya
mengambil peduli akan hal kesihatan & keselamatan anak2 mereka.
Semoga Ibu bapa yang lain akan dapat berusaha untuk mendapatkan MASK demi menjaga kesihatan anak-anak sewaktu mereka berada di sekolah.

Walaupun suasana dilanda INFLUENZA A H1N1,
di sekolah ini belajar seperti biasa mengikut jadual waktu.
dan tidak kurangnya juga terdapat sebahagian murid pada hari ini TIDAK HADIR ke sekolah Dalam hal ini, guru darjah telah dimaklumkan bahawa kedatangan murid tersebut ditanda dgn 'P' di tengah bulatan.

Murid-murid PRA A & B

Murid TAHUN 1 A & B

Murid-murid TAHUN 2A & B

Murid-murid TAHUN 3A & B

Murid-murid TAHUN 4A & B


Murid-murid TAHUN 5A & B

Murid-murid TAHUN 6A & B

Murid-murid sentiasa diingati supaya sentiasa mencuci tangan sebelum makan & selepas makan dengan menggunakan pencuci tangan yang telah dikhaskan.
Alhamdulillah, sepanjang hari persekolahan hari ini tidak didapati murid diarahkan untuk balik. Keadaan BAIK, guru-guru dan kakitangan sekolah ini sentiasa mematai2 n mengingat-ingati kpd murid agar sentiasa menjaga kebersihan diri.

INSYAALLAH,
KERJASAMA YANG DIBERIKAN AKAN MERINGANKAN LAGI SUASANA WALAUPUN BERAT RASANYA BAHU MEMIKUL.

"BERSATU....BERMUAFAKAT....MEMBAWA BERKAT.....AMIN....."

Posted by Picasa