Monday 14 September 2009

MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH 1430H

20 Ogos 2009M bersamaan dengan 29 Syaaban 1430H,
SRMHT telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
Ahli-ahli PIBG dijemput bersama bagi mera'ikan Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Sahar bin Hj. Dayman, Pengerusi Badan Kebajikan / Ketua Guru Ugama SRMHT.

Penjaga Murid Anak-anak Yatim juga hadir di majlis tersebut.


Dalam majlis ini, Guru-guru, AJK PIBG, Kakitangan Sekolah dan Murid-murid di sekolah ini telah memberikan sumbangan wang derma khusus bagi anak-anak yatim warga sekolah ini. Seramai 10 orang anak yatim di sekolah ini dan Alhamdulillah, sumbangan derma ini telah disampaikan oleh YM Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail, Pegawai Pelajaran / Guru Besar SRMHT.



Selain daripada penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim, PIBG telah mengambil kesempatan bagi mengadakan acara penyerahan Wang Kutipan Warga Sekolah yang mana telah diamanahkan kepada Cikgu Norhashimah binti Hj. Ibrahim sebahagian Ahli tersebut dan telah dilantik sebagai Pemangku Bendahari bagi mengganti guru yang telah berpindah ke sekolah lain ( Cikgu Hazibah binti Hj. Abd. Manan )

Penyerahan Wang ini telah disampaikan oleh YM Awg. Jailani bin Hj.Mohamad Pengerusi PIBG 2008-2010.

Pengerusi PIBG telah menandatangani surat pengesahan Penyerahan Wang Kutipan Warga Sekolah kepada Pemangku Bendahari.

Pihak Sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Badan kebajikan sekolah ini telah menjalankan dan melaksanakannya dengan sempuran dan kepada penderma-perderma, semoga ALLAH akan memberikan ganjaran PAHALA dan sentiasa diberi Rahmat dan Hidayah...AMIN.