Thursday 26 August 2010

PEPERIKSAAN MOCK 2 PSR 2010

23 - 26 Ogos 2010 Peperiksaan PSR Mock 2 telah dijalankan bagi Tahun 6 2010
Peperiksaan ini telah diadakan dalam dewan SRMHT,
seramai 34 calon menduduki peperiksaan ini.




Guru-guru Tahun 6 telah mengawasi sepanjang peperiksaan ini.


Pihak sekolah mendoakan semoga semua calon PSR 2010
akan memperolehi keputusan yang cemeralang & terbaik.... AMIN

Pihak sekolah mengharapkan semua murid calon PSR agar dapat menambahkan lagi USAHA agar dapat MENUJU KEJAYAAN yang dicita-citakan.

Wednesday 18 August 2010

TRAJEDI MUSIBAH 18.8.2010

BISMILLAH HIRAHMAN NIRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarahkatuh,

Pihak sekolah memohon maaf atas kelambatan melakukan sebarang berita
a
tas sebab-sebab yang tertentu.

Guru Besar, Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah mengucapkan
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Alhamdulillah, kembali lagi dengan informasi yang terkini....

Sebagaimana yang diketahui, Suatu TRAJEDI dan musibah telah berlaku kepada sebahagian warga sekolah. Guru Besar dan pihak sekolah mengucapkan TAKZIAH atas musibah yang berlaku kepada keluarga Fatin Umi Aisah ( 6B) dan Fatin Umi Aidah ( 4A ) binti Shamsul di mana Barek tempat tinggal mereka telah terbakar pada 18.8.2010. Kejadian berlaku pada waktu SAHUR.

Pada masa ini kedua-dua murid tersebut termasuk ibunya masih dalam rawatan di hospital RIPAS.... Guru Besar, PGB dan sebahagin guru-guru di sekolah ini telah melawat keluarga ini di hospital tersebut. Pihak sekolah mendoakan semoga lekas sembuh dan tabah menghadapinya.

Mendengar kejadian tersebut, pihak sekolah telah mengambil TINDAKAN SEGERA terhadap keluarga yang menimpa musibah ini. GURU BESAR mengadakan mesyuarat tergempar bersama PGB, Jawtankuasa Kebajikan, Guru Ugama, guru kanan dan guru-guru yang terlibat mengajar murid tersebut untuk mendangani masalah yang terjadi. Selain daripada itu juga, guru besar telah melaporkan pihak atasan JSSDT untuk tindakan selanjutnya.


Alhamdulillah, atas keprihatinan sekolah ini telah mengambil beberapa tindakan bagi meringankan bebanan yang menimpa kepada keluarga warga sekolah ini di mana menyediakan semua buku-buku teks , buku-buku kerja, buku tulis dan peralatan tulis murid tersebut. Selain daripada itu juga pihak sekolah juga mencadangkan menyediakan pakaian seragam sekolah. Dalam masa yang terdekat, pihak sekolah akan mengadakan susulan selanjutnya bagi meringankan bebanan keluarga ini. Semoga dengan usaha yang dicadangkan ini akan dapat serba sedikit memberikan ketabahan hati, meringankan dan mengurangkan masalah yang dihadapi.