Saturday, 27 December 2008

27.12.2008

Sekolah ini telah menerima buku teks Tahun 1 & Thn 4 bagi pengajaran 2009.
Semua buku2 teks tersebut telah disemak oleh guru yang telah ditugaskan.
Cikgu Koo Yuh Fen dan Cikgu Farah Wahidah
Kebetulan Cikgu Zaharawati yang datang ke sekolah
walaupun masih dlm percutianjuga sama-sama ikut
menyimak senarai nama buku2 teks yang telah diterima.


Selain daripada buku teks ,
sekolah ini juga telah menerima beberapa buah file
mengikut matapelajaran bagi Thn 1 & Thn 4
sebagai panduan bagi guru2 tersebut.
( seperti yang ada dlm gambar di bawah ini )

Mudah-mudahan dengan adanya penerimaan buku2 teks
pengajaran dan pembelajaran di awal tahun 2009
akan berjalan dengan baik dan lancar
sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Kem. Pendidikan
di Era SPN21 ini.


Pyzam Glitter Text Maker
GURU DIIBARATKAN SEBAGAI SEBATANG LILIN

MENERANGI ALAM YANG SERBA KEGELAPAN

TANPA MU DUNIANYA AKAN GELAP......

WALAUPUN MEMBAKAR DIRI SENDIRI......

PENGORBANAN YANG DIBERIKAN

TIDAK TERNILAI...DISISI ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA YANG BERGELAR 'PENDIDIK'

DAPAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH.........

'PENDIDIK' ADALAH SEBAGAI ROLE MODEL.........

DIDIKLAH DENGAN JALAN YG SEMPURNA

AJARILAH ANAK BANGSA KITA......

AGAR HIDUP KITA SENTIASA DI BERKATI & DIRAHMATI

ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALLAH JUA....AMIN...

Saturday, 29 November 2008

HARI PENUTUP SEKOLAH & SUKAN MUHIBBAH 2008


Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail, PP/GB SRMHT telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau merasa bersyukur atas peningkatan keputusan peperiksaan murid-murid di sekolah ini terutama sekali keputusan PSR 2008. Selain drp itu, GB telah memaklumkan bahawa tahun 2009, gelaran bagi Darjah dijadikan Tahun1, Tahun 2 dan seterusnya. Dalam Era SPN21 dimulai dari Tahun1 dan Tahun4 dengan syalibus barunya di mana semua guru-guru telah pun diberi bimbingan dengan cara mengadakan bengkel bagi pengajaran SPN21 ini. GB mengharapkan kepada ibu bapa / penjaga murid agar dpt. bekerjasama mendidik anak2 agar mereka akan sentiasa berjaya dan mendapat keputusan yg. lebih CEMERLANG lagi.

Gambar Guru Besar bersama Pengerusi PIBG



Penolong Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran

Sebahagian gambar Ibu bapa/Penjaga Murid yang hadir dan menyerikan lagi majlis tersebut.


2 persembahan pentas telah disajikan pada hari tersebut di mana Anak2 TUNAS PUTERI yang dipimpin oleh Cikgu Nurhairunnisa sedang beraksi dengan gaya-gayanya kiut dan comel dan tidak ketinggalan juga persembahan dari murid Darjah 6 dgn persembahan Nasyidnya.




AJK Kerja, sedang sibuk menjalan tugas yang diberikan bagi melancarkan lagi majlis pada hari tersebut.



Sebahagian gambar murid yg sedang menyaksikan acara tersebut.



ACARA PENYAMPAIAN HADIAH MURID TERBAIK & CEMERLANG


Guru Besar sedang menyampaikan Hadiah bagi Murid2 Terbaik & Cemerlang

Awg. Jalani bin Hj. Muhamad ( Pengerusi PIBG ) sedang menyampaian Hadiah-Hadiah Galakkan daripada Guru Matapelajaran masing-masing dan jua penerima SIJIL PENYERTAAN BELTA bagi murid yang terlibat

Gambar ramai murid-murid yang berjaya dan menerima hadiah masing-masing. Inilah imbalan & ganjaran yang diterima bagi murid-murid yang berusaha untuk menuju kejayaan. TAHNIAH..... teruskan usaha kamu.......

Muhd. Nazmi bin Muhd. Jamil adalah salah seorang murid yang mendapat 5A PSR 2008. TAHNIAH..... Nazmi, semoga kamu lebih berjaya lagi di masa2 hadapan.

Selesai Acara PENTAS,
semua yang hadir beredar ke Padang bagi Acara SUKAN MUHIBBAH.

2 tangki disediakan khas untuk murid-murid untuk menghilangkan rasa haus dan dahaga.

Cikgu Firdaus dgn. microphonenya & Cikgu Haszman dgn. pembesar suaranya sedang sibuk mengendalikan acara sukan.



Murid Pra dengan acara Mengutip Gula-gula paling banyak dan Meniup belon hingga pecah



Dh.1 Membawa Guli dlm. sudu menggunakan mulut.


Muird Dh.2 Lari mengutip Pundi-pundi Kacang




Dh.3 Membaling benda paling jauh & Minum Jus dlm. botol hingga habis



Dh.4 Lari bertinting sebelah kaki & Meniup belon hingga pecah


Dh.5 A ( Lelaki ) Mencari nombor-nombor yang disediakan dgn jumlah 18. Cepat cari nombor-nombornya mesti jumlahnya 18 tau........ lau dah dapat cepat lari ke garisan penamat. Dh.5B ( Lelaki ) menandang Bola ke Sasaran



Dh. 5 perempuannya pula mencari benda dalam kad...es...es..esssss!!!! bendanya bukan satu yang dicari..... 3benda..... hahaha.... cari-cari....carilah....



Dh.6 A Menyambung Straw yg paling panjang & Lumba memasukan manik paling banyak
Dh.6 B. Memasukan Air dlm botol & menerbangkan roket yg paling jauh.

Acara Terbuka bagi Guru, Ibu bapa/ penjaga murid juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara sukan ini.

Mencari benda dlm kad , cepat-cepat cari bendanya....



Acara Memancing Ikan, tapi.... bukan siapa dulu yg dpt ikan.....tau...... siapa dpt ikan yg paling berat kg. nya.... hahahaha ...... gelak Cikgu Zainin pada peserta memancing ikan...... eeee.. GB pun ada ikut jua...... mcmana berapa kg. berat yg cikgu dapat?????

Mencari benda dlm kad

Acara : Menyambung gelang getah paling banyak

Wah, asyiknya cikgu Bariah......... ani mesti menang ni.... cukup dgn. ibu jari kaki ikut menyambung gelang getah....

Cikgu Haszman menjaga masa sepanjang acara sukan & membunyikan whisel.... priiiiiiiiittt.........menandakan tempoh masa telah habis....siapa menang lihat..... acara penyampaian hadiahanya.....ok.

Acara Penutup..... "Tarik Kalat Persahabatan"....
Team Guru belawan dgn. Team Ibu bapa / Penjaga Murid


Team Guru dan Team ibu bapa

SEMANGAT SUDAH ADA NI..... nda sabar-sabar rasanya kan menarik KALAT ani.......


Team Guru
( Sorry team Ibu bapa Lelaki........ memang TERLUPA ambil gambar ni........ NDA SABAR kan MENYOKONG kali......hehehehe.....)


Keputusan : Kedua-dua MENANG..........apa tidaknya..... dua-dua team terjatuh kebelakang....(fikir MENANG menarik ) rupa-rupanya KALATnya TERPUTUS.... hahahaha..... memang ada yg sobataj ni.......!!!!!!




Sebelum acara penyampaian hadiah, murid-murid berkumpul & berbaris mengikut kelas masing-masing.
Semua murid-murid berbaris........ itu lah dia adik EMILY yg kiut, yg manja.... diberi peluang membuat aksi seperti cikgu

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA SUKAN
Cikgu Hazibah (PGB) menyampaikan pemenang bagi murid-murid Rendah Bawah
Cikgu Hj.Muhd. Hakimin ( AJK. PIBG ) menyampaikan hadiah pemenang bagi Rendah ATAS
dan
Guru Besar menyampaikan Hadiah kepada ibu bapa yang MENANG.




SEKALUNG BUDI & KATA PENGHARGAAN
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sama-sama menjayakan acara kita pada hari ini. Semoga dengan cara ini persahabatan berpanjangan dan perhubungan kita semua semakin erat. AMIN



PERJUMPAAN GB & GG
29 NOVEMBER 2009
2:15 PETANG - DI D1 SRMHT
Guru Besar mengucapkan TAHNIAH semua guru-guru atas kejayaan mengadakan majlis HARI PENUTUP SEKOLAH & SUKAN MUHIBBAH dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pada peteng ini walaupun merasa lelah dan penat selepas mengadakan acara sukan . Sepanjang tahun 2008, guru-guru telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan semoga tahun 2009 tugas & tanggongjawab yang akan diserahkan dapat dilaksanakan juga dengan sempurna.
Guru-guru yang hadir mesyuarat sedang mendengar nasihat & saranan untuk tahun 2009. Acara saringan khusus untuk SEMUA guru-guru SRMHT, GB telah mengadakan PERADUAN MENEKA JUMLAH BARANG (JUST FOR FUN)
yang telah dikumpulkan dalam satu bakul (seperti yang ternampak di atas meja ).
Semua guru-guru berusaha menekanya dengan bermacam-macam jumlah harganya........
sebelum menikmati jamuan, GB telah MENGUMUMKAN pemenangnya. Mengikut rujukan RESIT pembelian GB harga yang terdekat tekaannya & yg. berjaya ialah:
CIKGU DK.HJH. INTAN BINTI PG. HJ. JUMAT
WOW!!!!!! .....guru-guru TERKEZUT..... dan KAGET......
BIASA...... ORG SELALU SHOPPING itulah kata kegembiraan yang diucapkannya..........
Tepukan...... diberikan menandakan TAHNIAH....... kepada cikgu DK.
Perjumpaan BERAKHIR pada JAM: 3:15 petang.
SELAMAT BERCUTI
&
INSYALLAH BERJUMPA DI TAHUN 2009