Tuesday 29 June 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU TA

Hari ini 29.9.2010, Jam 10:00 am....
Majlis Perpisahan bagi Guru TA ,
Cikgu Akmal Nasri Hj.Kamal dan Cikgu Musfirah binti Sabtu

Acara dimulakan dgn bacaan surah Alfatihah dan seterusnya bacaan doa selamat.
GB juga telah mengambil kesempatan memberikan ucapan penghargaan terima kasih atas sumbangan tenaga dari cikgu2 kerana sama2 menjayakan acara Maths Trail Challenge yang telah diadakan di sekolah ini sebagai Tuan Rumah bagi Explomaths 18 2010.


Guru-Guru TA telah diberi kesempatan
& memberi laluan bagi memberi ucapan kepada sekolah ini.




Add Image
Sebelum menikmati Jamuan, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada:

Cikgu Akmal Nasri bin Hj. Kamal


Cikgu Musfirah binti Sabtu
Pihak sekolah mendoakan semoga biscikgu akan dapat membawa pengalaman yang boleh membantu biscikgu mendidik anak-anak bangsa, yang penting sebagai PENDIDIK mesti ada sikap JUJUR, IKHLAS & AMANAH agar dibarkati dan dirahmati oleh Allah SWT jua amin.

Wednesday 9 June 2010

'CONSTRUCTION OF ICT MATHEMATICAL TEACHING AIDS FOR LOWER PRIMAY SCHOOL'

26 Mei 2010 ( Rabu )
SR. Muda Hashim sebagai Tuan Rumah telah memberi peluang kepada guru-guru bagi menyertai 'Construction Of ICT Mathematical Teaching Aids for Lower Primary Teachers' sempena Majlis eXPLOMATHS ke 18 2010.

28 buah sekolah dari Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong & Belait telah menyertai acara ini, dan 10 buah sekolah yang terbaik sahaja yang akan membuat presentasi dan seterusnya menerima sijil penghargaan dan hadiah.

Tetamu Kehormat:
Abdul Kani bin Abdullah Ulang,
Pmk. Pen. Pengarah Sekolah Daerah Tutong,
JSS, Kementerian Pendidikan, NBD.


Guru Besar YM. Cikgu Zainal bin Dato Paduka Hj. Ahmad
bersama Tetamu Kehormat dan Pegawai-pegawai
dari Jabatan Sekolah-sekolah Tutong.

Guru-guru Besar dan wakil hadir menyaksikan majlis ini.

Juruacara & Pengawas Pemarkahan
sedang sibuk melaksanakan tanggongjawabnya.




Sebahagian peserta 'Top 10' sedang mempresentasikan
ABM dalam pengajaran Matematik melalui ICT
dan sedang dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik


Di akhir majlis,
Tetamu Kehormat telah diberi laluan
untuk memberi ucapan khas bagi majlis tersebut
'Pendidikan SPN21 menghendaki guru-guru lebih kreatif dalam isu-isu pendidikan, mengukuhkan kemahiran Numerasi dan Literasi. Oleh itu apa yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa eXPLOMATHS ini bagi peringkat pendidikan rendah pada pagi ini memang menepati kerana ianya menjurus kepada keperluan Numerasi'
dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang berserta Sijil Penyertaan
bagi sekolah-sekolah yang menyertai acara ini.

Sebelum bersurai, bacaan doa telah disampaikan oleh
Ketua Guru ugama SRMHT
Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada yang terlibat yang mana telah sama-sama menjayakan majlis ini dan mengucapkan TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya .

Friday 4 June 2010

3.6.2010 MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN

3 Jun 2010, Khamis
MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN
Hari ini hari terakhir bagi persekolahan penggal II dan 4hb. Jun hingga 20h. Jun bermulanya cuti Penggal II. Pada hari ini, SRMHT telah mengadakan beberapa aktiviti seperti "Senamrobik, Kempen Kebersihan Kelas dan Kawasan Sekolah dan seterusnya mengadakan MAJLIS PERSARAAN bagi CIKGU ZAININ BIN LIAN dan MAJLIS PERPISAHAN Guru-Guru TP selama 4 bulan bagi CIKGU RAIHANA MUHD.HANAFI dan CIKGU ERVINA JAILANI.
Majlis dimulakan dgn bacaan Surah Al Fatihah dan disusuli Ucapan Alu-aluan GB dgn mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti yang diberikan selama bertugas di sekolah ini.
Cikgu Zainin bin Lian juga telah diberi laluan
untuk menyampaikan ucapan terakhir sebelum meninggalkan sekolah ini.

Cikgu Ervina dan Cikgu Raihana juga telah diberi peluang untuk
memberikan ucapan.
Wakil murid Izzatul Md. Terang dari Tahun 6 telah memberikan ucapan khas untuk Cikgu Zainin yang mana telah mendidik mereka sepanjang bertugas di sekolah ini
Sebelum bacaan Doa,
penyampaian Cenderamata Kenang-kenangan kpd guru bersara dan penyampaian Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan bersama
melaksanakan eXPLOMATHS ke 18 sepanjang bertugas di sekolah ini
kepada Cikgu Ervina binti Jailani
Cikgu Raihana binti Muhd. Hanafidan juga Penyampaian Sijil Penyertaan 'Mari Bercerita' kepada 2 orang murid
Batrisyia Amzari Nuralif Hj.Mohd.Jawie Tahun 4A
Sebelum Bacaan Doa, PGB Cikgu Junaidi juga telah menyampaikan serba sedikit ucapan penghargaan kepada guru-guru yang dira'kan dan juga memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid yang mana akan memulakan cuti penggal agar sentiasa mengulangkaji pelajaran, membuat kerjarumah yang diberikan dan jaga keselamatan diri.
Sebelum menikmati Jamuan, semua murid-murid telah diberi peluang untuk bersalam-salaman bersama guru-guru yang dira'ikan.
Di akhir majlis, Guru-guru dan murid-murid telah menikmati jamuan bersama-sama