Thursday 21 October 2010

21.10.2010 - HARI MENANDATANGANI REKOD PDS P3

21 Oktober 2010 - Khamis - Jam 2:00ptg hingga 4:00ptg
Hari Menandatangani Rekod Penilaian Dalaman Sekolah bagi penggal 3.
Tempat Dewan SRMHT.


Monday 18 October 2010

Pada 16hb. Oktober 2010.
Selepas waktu pembarisan pagi
Penyampaian Sijil Penyertaan Inforama
kepada murid-murid yang terlibat.






Penyampaian sijil ini telah dilakukan di hadapan murid dan telah disempurnakan oleh PGB.
PGB mengharapkan semoga murid-murid yang lain akan dapat mengikuti aktiviti apa yang diberikan oleh pihak sekolah. Selain daripada itu, PGB juga menerangkan bahawa sijil tersebut amat berguna & bermakna bagi murid-murid yang akan dicalonkan sebagai Pelajar Terbaik / Pelajar Cemerlang.

'FIREDRILLLLLLLLLL'

SRMHT juga tidak ketinggalan menjlnkan apa yang diamanahkan bagi kesihatan warga sekolah.
Selepas pembarisan pagi dan bacaan doa, murid-murid diarahkan untuk membuatkan beberapa pergerakan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti program membaca.
Aktiviti Pergerakan Senama Ringan ini telah dijalankan setiap pagi dengan diketuai oleh guru-guru yang bertugas mengikut hari yang telah ditetapkan.



Selain aktiviti pergerakan senaman pagi, murid-murid SRMHT juga telah diberikan
Latihan Keselamatan "FireDrill".
'Lonceng Panjang' ......TING.....TING...TING....TING.....TING....TING....TING....TING...TING....
menandakan tanda sesuatu yang berlaku.
Semua murid-murid telah bergerak mengikut arahan yg telah diberikan dan bergerak menuju tempat selamat.
Pergerakan telah dicatat dalam masa 3 minit di mana murid-murid & guru-guru telah berkumpul di tempat selamat.



PGB telah mengingati semula kepada murid agar bergerak lebih cepat lagi dan mengingati kawan-kawan antara satu sama lain yang hadir pada hari tersebut dan memaklumkan kepada guru darjah atau guru relief/ matapelajaran pada masa tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Guru-guru pula diarahkan untuk memeriksa murid mempastikan semua murid pada masa tersebut tidak tertinggal di kawasan yang bahaya.

Semoga dengan adanya latihan ini nanti, Guru-guru dan murid-murid tidak akan merasa begitu CEMAS dan boleh menyelamatkan diri dari BAHAYA.

PSR 2010

PEPERIKSAAN PSR TAHUN 6
telah bermula pada 4 Oktober - 7 Oktober 2010
Seramai 34 calon telah menduduki peperiksaan tersebut.



Peperiksaan telah dijalankan di Dewan SRMHT.
Pihak sekolah mendoakan agar semua murid Tahun 6 memperolehi kejayaan yang cemerlang.
AMIN...AMIN.... YA RAB BAL AL AMIN......