Tuesday 23 February 2010

PENYERTAAN INFORAMA 2010

PERJUMPAAN BERSAMA AJK / GURU PENGAWAS INFORAMA 2010

22 Februari 2010 jam 2.00 petang,
Lantikan AJK / Guru Pengawas Inforama 2010,
diadakan di bilik ICT SRMHT. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Cikgu Salinah Hj.Zolkifli,
seterusnya memberikan "Taklimat tentang Inforama 2010"
kepada AJK yang telah dilantik mengikut kategori masing-masing.


Paint - Cikgu Hjh.Naemah Kategori Yr1 - Yr3
Typing Skill - Cikgu Nurhairunnisa Kategori Yr4 - Yr5
Animated Number - Cikgu Khoo Yuh Fen Yr4 - Yr5
Digital Storytelling - Cikgu Nurmaizzah Yr4 - Yr5


Saturday 20 February 2010

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN "INFORAMA 2009"

20 Februari 2010 ( Sabtu ) telah laksanakan dengan penyampaian "SIJIL PENYERTAAN INFORAMA 2009" bagi murid-murid yang mewakilinya. Penyampaian telah disempurnakan oleh GB, YM Cikgu Zainal Arfan bin DP. Hj. Ahmad.
Sebelum penyampaian sijil, seperti biasa perkumpulan pagi disempurnakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan, doa dan seterusnya Doa Khas bagi menghindari penyakit H1N1.
Eddy Asrul bin Asut mewakili bagi Tahun 6
bahagian Program Microsoft Office of PowerPoint
(Wakil Eddy Asrin bin Asut)Muhd. Fuad bin Omar Danny mewakil bagi Tahun 5
bahagian program MS Word & EXCEL

Muhd. Al Qayyum bin Hj. Aini mewakili bagi Tahun 3
bahagian Program " MS-Paint"

Wednesday 17 February 2010

Science eXperiment Yr 4B

1st Experiment 2010: Compare living thing and non-living things.

They've enjoyed the activity and able to compare living thing and non living thing very well.





At the end of the lesson, the students able to compare:
Living things move, which non-living things don't move.... etc.


NETBALL 2010




Peserta sukan Bola Jaring sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keempat dalam Kejohanan Bola Jaring Tutong 1.

Peringkat awal:
SR Muda Hashim 4 vs 3 SR Kiudang

Peringkat kedua:
SR Muda Hashim 5 vs 1 SR Penanjong

Peringkat Semi Final:
SR Muda Hashim 6 vs 8 SR Sinaut

Tahniah kepada wakil sukan Bola Jaring Sekolah!

Lawatan Pmk. PPDT

SRMHT hari ini telah menerima kunjungan dari Pmk. Penolong Pengarah Daerah Tutong, PPDT1 dan PPDT2. Lawatan tersebut adalah untuk meninjau tentang hal ehwal sekolah terutama sekali berkenaan dengan Bilik Perpustakaan dan juga bilik ICT.

Dengan lawatan tersebut, Pmk.PPDT menyarankan dan mengharap agar bilik perpustakaan akan berubah corak bagi keselesaan pengunaan murid-murid di sekolah ini. InsyaALLAH, perpustakaan ini akan diusahakan bersama bagi menyempurnakan hasrat yang dimaksudkan ( Perpustakaan Konsep Baru )..... LIHAT dan TENGOK nanti.....


Selain bilik perpustakaan, bilik ICT juga diharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di sekolah ini dengan memperbanyakkan penggunaan pengajaran melalui komputer agar lebih menarik minat murid untuk mempelajarinya lagi.


PERJUMPAAN AJKT eXPLOMATHS 2010
Perjumpaan telah diadakan sebelah petang jam 2 di Dewan SRMHT. Perjumpaan tersebut membincangkan berkenaan dengan eXPLOMATHS senegara dan sekolah ini adalah diamanahkan sebagai TUAN RUMAH yang akan diadakan perlancaranan pada APRIL 2010.

GB, Cikgu Zainal Arfan mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa bersama-sama bagi membincangkan acara yang akan diselenggarakan oleh sekolah ini. GB telah menyerahkan kepada Cikgu Nur Hanisah sebagai AJK Setiausaha bagi menerangkan agendanya dan seterusnya membincangkan apa yang perlu dan patut dilakukan oleh semua AJK Kerja.




Bermacam-macam cadangan dan pandangan telah diberikan oleh guru-guru dan ini akan menambahkan lagi idea-idea yang terkini. Perbincangan tersebut berakhir pada jam 4 petang.

SIJIL PENHARGAAN KELAS TERCANTIK

Setiap hari perkumpulan pagi diadakan seterusnya menyanyikan "Lagu Kebangsaan" dan membaca doa tujuannya adalah untuk menanamkan semangat patriotik pada murid-murid dan sayangkan NBD. Seterusnya bacaan doa hindari Penyakit H1N1 diketuai oleh Ketua Guru Ugama.


Dalam perkumpulan ini, GB mengambil kesempatan memberikan beberapa kata nasihat dan rangsangan yang membina pada semua murid-murid dan selalu mengingati supaya sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah dan seterusnya menjaga kebersihan diri agar terhindar dari penyakit pada masakini.

GB juga mengucapkan TAHNIAH kepada murid-murid yang mewakili "PERLAWANAN BOLA JARING" anjuran JPKK di sekolah ini, walaupun hanya berjaya masuk ke peringkat "Semi-Final" dan mengucapkan terima kasih kepada guru pengawas, Cikgu Normas Aizah dan Cikgu Nurmaizzah.
Untuk memberikan semangat kepada murid dan juga guru, GB juga telah memberi "SIJIL PENGHARGAAN" kepada kelas Tahun 4B yang mana telah berjaya menhambat hati dan menarik untuk dijadikan contoh kelas tercantik & terbaik. GB mengharap agar guru-guru yang lain akan dapat mengikuti dan secara tidak langsung membisaikan dan menceriakan lagi suasana pembelajaran di dalam kelas dan juga sekolah ini.

Congratulations

Wednesday 10 February 2010

AKTIVITI LAWATAN & TEMUDUGA THN2

Matapelajaran Bahasa Melayu SPN21
bagi tahun 2 telah dilaksanakan dengan cara mengadakan "Presentations-Murid".
Murid-murid thn2 ini telah diberikan Aktiviti Tambahan
mengikut kumpulan masing-masing.
(Melawat & Menemuduga guru-guru mengikut pilihan mereka)
Sebelum memulakan aktiviti, guru menerangkan dan menunjukcara menginterview guru-guru yang mereka pilih dan seterusnya mencatat maklumat berkenaan dengan guru tersebut.
Objektifnya:
1. Melatihkan murid memberanikan diri untuk menemuduga guru yang dipilih.
2. Melatih murid untuk membuat secara “Teamwork”.
3. Melatihkan murid supaya boleh bertutur secara bertatasusila.
4. Dapat menyampaikan sesuatu maklumat yang perolehi dengan betul.

Dibawah ini adalah sebahagian gambar murid yang telah menjalankan aktiviti bagi hari PERTAMA "Menginterview / Menemuduga" guru-guru pilihan mengikut kumpulan masing-masing dan setelah selesai, Ketua kumpulan menyampaikan maklumat pada rakan sekelas.

Murid-murid dari Tahun 2A

Kumpulan Wilson


Kumpulan Nike


Kumpulan yy Yonex


Kumpulan Adidas


Kumpulan Ashaway

Murid-murid Tahun 2B

Kumpulan Menchester


Kumpulan Liverpool


Kumpulan Chelsea


Kumpulan Arsenal

Sebahagian petikan rakaman Video semasa mengadakan
"Kongsisama bersama Rakan Sekelas"
Secara perseorangan dan kumpulan.




Dihari ke 2, selain Ketua Kumpulan, murid-murid yang lain juga ( mengikut kumpulan ) telah diberi peluang untuk menerangkan maklumat guru tersebut. Setelah selesai murid-murid diarahkan untuk mencatat dalam bukukerja masing-masing tentang maklumat guru yang dipilih dan seterusnya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.



Diakhir pengajaran ini:
1. Murid boleh berinteraksi bersama guru yang dipilih.
2. Murid dapat maklumat dengan betul berkenaan dengan guru tersebut.
3. Murid dapat membuat secara bekerjasama mengikut kumpulan.
4. Murid boleh menceritakan sesuatu perkara berdasar maklumat yang diterima dengan yakin dan boleh membuat latihan yang diarahkan

Alhamdulillah, hasil dari aktiviti ini murid boleh membina ayat dan membuat sebuah karangan darihal "Guru yang saya sukai". Saya sebagai guru matapelajaran BM, mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru berkenaan kerana memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti yang dirancang. Semoga dengan usaha kerjasama dan keikhlasan ini akan memberikan manafaat kepada murid-murid tersebut dan mendapat hidayat dan rahmat dari Allah Subahanahu Wataala. Amin....