Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail, PP/GB SRMHT telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau merasa bersyukur atas peningkatan keputusan peperiksaan murid-murid di sekolah ini terutama sekali keputusan PSR 2008. Selain drp itu, GB telah memaklumkan bahawa tahun 2009, gelaran bagi Darjah dijadikan Tahun1, Tahun 2 dan seterusnya. Dalam Era SPN21 dimulai dari Tahun1 dan Tahun4 dengan syalibus barunya di mana semua guru-guru telah pun diberi bimbingan dengan cara mengadakan bengkel bagi pengajaran SPN21 ini. GB mengharapkan kepada ibu bapa / penjaga murid agar dpt. bekerjasama mendidik anak2 agar mereka akan sentiasa berjaya dan mendapat keputusan yg. lebih CEMERLANG lagi.
Penolong Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran
Sebahagian gambar Ibu bapa/Penjaga Murid yang hadir dan menyerikan lagi majlis tersebut.
2 persembahan pentas telah disajikan pada hari tersebut di mana Anak2 TUNAS PUTERI yang dipimpin oleh Cikgu Nurhairunnisa sedang beraksi dengan gaya-gayanya kiut dan comel dan tidak ketinggalan juga persembahan dari murid Darjah 6 dgn persembahan Nasyidnya.
AJK Kerja, sedang sibuk menjalan tugas yang diberikan bagi melancarkan lagi majlis pada hari tersebut.
Sebahagian gambar murid yg sedang menyaksikan acara tersebut.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH MURID TERBAIK & CEMERLANG
Guru Besar sedang menyampaikan Hadiah bagi Murid2 Terbaik & Cemerlang
Awg. Jalani bin Hj. Muhamad ( Pengerusi PIBG ) sedang menyampaian Hadiah-Hadiah Galakkan daripada Guru Matapelajaran masing-masing dan jua penerima SIJIL PENYERTAAN BELTA bagi murid yang terlibat
Gambar ramai murid-murid yang berjaya dan menerima hadiah masing-masing. Inilah imbalan & ganjaran yang diterima bagi murid-murid yang berusaha untuk menuju kejayaan. TAHNIAH..... teruskan usaha kamu.......
Muhd. Nazmi bin Muhd. Jamil adalah salah seorang murid yang mendapat 5A PSR 2008. TAHNIAH..... Nazmi, semoga kamu lebih berjaya lagi di masa2 hadapan.
Selesai Acara PENTAS,
semua yang hadir beredar ke Padang bagi Acara SUKAN MUHIBBAH.
2 tangki disediakan khas untuk murid-murid untuk menghilangkan rasa haus dan dahaga.
Cikgu Firdaus dgn. microphonenya & Cikgu Haszman dgn. pembesar suaranya sedang sibuk mengendalikan acara sukan.
Murid Pra dengan acara Mengutip Gula-gula paling banyak dan Meniup belon hingga pecah
Dh.1 Membawa Guli dlm. sudu menggunakan mulut.
Muird Dh.2 Lari mengutip Pundi-pundi Kacang
Dh.3 Membaling benda paling jauh & Minum Jus dlm. botol hingga habis
Dh.4 Lari bertinting sebelah kaki & Meniup belon hingga pecah
Dh.5 A ( Lelaki ) Mencari nombor-nombor yang disediakan dgn jumlah 18. Cepat cari nombor-nombornya mesti jumlahnya 18 tau........ lau dah dapat cepat lari ke garisan penamat. Dh.5B ( Lelaki ) menandang Bola ke Sasaran
Dh. 5 perempuannya pula mencari benda dalam kad...es...es..esssss!!!! bendanya bukan satu yang dicari..... 3benda..... hahaha.... cari-cari....carilah....
Dh.6 A Menyambung Straw yg paling panjang & Lumba memasukan manik paling banyak
Dh.6 B. Memasukan Air dlm botol & menerbangkan roket yg paling jauh.
Acara Terbuka bagi Guru, Ibu bapa/ penjaga murid juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara sukan ini.
Mencari benda dlm kad , cepat-cepat cari bendanya....
Acara Memancing Ikan, tapi.... bukan siapa dulu yg dpt ikan.....tau...... siapa dpt ikan yg paling berat kg. nya.... hahahaha ...... gelak Cikgu Zainin pada peserta memancing ikan...... eeee.. GB pun ada ikut jua...... mcmana berapa kg. berat yg cikgu dapat?????
Acara : Menyambung gelang getah paling banyak
Wah, asyiknya cikgu Bariah......... ani mesti menang ni.... cukup dgn. ibu jari kaki ikut menyambung gelang getah....
Cikgu Haszman menjaga masa sepanjang acara sukan & membunyikan whisel.... priiiiiiiiittt.........menandakan tempoh masa telah habis....siapa menang lihat..... acara penyampaian hadiahanya.....ok.
Team Guru dan Team ibu bapa
SEMANGAT SUDAH ADA NI..... nda sabar-sabar rasanya kan menarik KALAT ani.......
Sebelum acara penyampaian hadiah, murid-murid berkumpul & berbaris mengikut kelas masing-masing.
SEKALUNG BUDI & KATA PENGHARGAAN
No comments:
Post a Comment