Wednesday 11 November 2009

KEPUTUSAN PSR 2009

11.11.2009 -Keputusan PSR 2009 telah diumumkan.
Guru Besar dan guru-guru di sek ini mengucapkan TANIAH kepada semua murid Thn 6 yang berjaya dan sekolah ini telah berjaya 87.88% berbanding tahun lepas 86.21%. meningkat 1.67%.
Overall, Tutong I mendapat tempat PERTAMA 90.63% dan Tutong II tempat KEDUA 89.46%..... Tahniah kepada sekolah-sekolah DAERAH TUTONG.
Pyzam Glitter Text Maker

Kepada Guru-guru yang mengajar tahun 6, Cikgu Seri Memi, Cikgu Zaharawati, Cikgu Nur Hanisah, Cikgu Dk. Hjh. Intan dan juga Cikgu Mohd. Rozailee diucapkan tahniah atas kejayaan yang diberikan kepada murid-murid tersebut. USAHA kamu tidak sia-sia, peningkatan peratus meningkat malah kedudukan Daerah Tutong TERATAS.....SYABAS TAHNIAH...

Monday 14 September 2009

MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH 1430H

20 Ogos 2009M bersamaan dengan 29 Syaaban 1430H,
SRMHT telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
Ahli-ahli PIBG dijemput bersama bagi mera'ikan Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Sahar bin Hj. Dayman, Pengerusi Badan Kebajikan / Ketua Guru Ugama SRMHT.

Penjaga Murid Anak-anak Yatim juga hadir di majlis tersebut.


Dalam majlis ini, Guru-guru, AJK PIBG, Kakitangan Sekolah dan Murid-murid di sekolah ini telah memberikan sumbangan wang derma khusus bagi anak-anak yatim warga sekolah ini. Seramai 10 orang anak yatim di sekolah ini dan Alhamdulillah, sumbangan derma ini telah disampaikan oleh YM Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail, Pegawai Pelajaran / Guru Besar SRMHT.



Selain daripada penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim, PIBG telah mengambil kesempatan bagi mengadakan acara penyerahan Wang Kutipan Warga Sekolah yang mana telah diamanahkan kepada Cikgu Norhashimah binti Hj. Ibrahim sebahagian Ahli tersebut dan telah dilantik sebagai Pemangku Bendahari bagi mengganti guru yang telah berpindah ke sekolah lain ( Cikgu Hazibah binti Hj. Abd. Manan )

Penyerahan Wang ini telah disampaikan oleh YM Awg. Jailani bin Hj.Mohamad Pengerusi PIBG 2008-2010.

Pengerusi PIBG telah menandatangani surat pengesahan Penyerahan Wang Kutipan Warga Sekolah kepada Pemangku Bendahari.

Pihak Sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Badan kebajikan sekolah ini telah menjalankan dan melaksanakannya dengan sempuran dan kepada penderma-perderma, semoga ALLAH akan memberikan ganjaran PAHALA dan sentiasa diberi Rahmat dan Hidayah...AMIN.

Saturday 18 July 2009

DOA HINDARI DARI WABAK INFLUENZA A H1N1

Pemeriksaan SUHU BADAN murid masih dijalankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada merebaknya wabak INFLUENZA A H1N1



Tandas dan penjagaan kebersihan diri sentiasa diarahkan dan dipantau setiap masa.



Murid-murid diarahkan untuk sentiasa membersihkan tangan sebelum dan selepas rehat.



Pada hari ini bermulanya AKTIVITI MEMBACA DOA
waktu pagi sebelum pengajaran & pembelajaran bagi sesi awal dimulakan
untuk menghindari dari Wabak INFLUENZA A H1N1
Doa dibacakan pada jam 7:30pagi dengan menggunakan pembesar suara
diketuai oleh Ketua Guru Agama YM Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Doa diAMINkan oleh semua WARGA sekolah di dalam darjah masing-masing.



Pada setiap Hari Sabtu, waktu ECA bahagian badan AGAMA dan badan ECA SRMHT bergabung untuk menjalankan
AKTIVITI MEMBACA SURAH YAASIN
dan SEMBAHYANG HAJAT
dengan diawasi oleh guru-guru Rendah Atas.
dan murid & guru perempuan Rendah Atas yang beragama Islam diarahkan untuk membawa TELKONG bagi melaksanakan bersama-sama di Bilik Ibadat SRMHT.





Sementara bahagian Rendah Bawah pula diarahkan untuk membaca doa khas dalam dewan bersama-sama dengan guru-guru bahagian rendah bawah.

Semoga dengan USAHA dan IKHTIAR yang dirancangkan ini nanti akan dapat mengurangkan masalah bagi semua WARGA SEKOLAH ini khasnya dan Negara Brunei Darussalam amnya dan akan SELAMAT selama-lamanya.
AMIN-AMIN YA RAB BAL AL AMIN
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics


Petikan Video Bacaan Doa untuk Menghindari dari PENYAKIT INFLUENZA A H1N1

Friday 10 July 2009

Hari ke 3 pemeriksaan SUHU BADAN Warga Sekolah

Hari ke 3, guru-guru yang bertugas seterusnya menjalankan pemeriksaan suhu badan warga sekolah




Waktu pagi sebelum masukan ke bilik darjah, (selepas pemeriksaan dlm dewan) murid diarahkan untuk mencuci tangan sebelum masuk ke bilik darjah masing-masing.
Laporan suhu badan purata dibawah 38 celsius.

HARI KE 2 PEMERIKSAAN SUHU BADAN

Pemeriksaan Suhu Badan Hari ke 2 telah dilaksanakan oleh guru-guru yang ditugas pada hari tersebut.

Guru lelaki mengawas bahagian pintu masuk

Ibu bapa sedang menghantar anak-anak mereka melalui pintu luar pagar dan masuk dibahagian pintu kecil yang diarahkan seterusnya masuk ke dewan bagi pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke bilik darjah masing.

Guru Besar sedang di temuramah oleh RTB untuk mengetahui plan tindakan yang telah dijalankan oleh sekolah ini sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak atasan.

PGB sebagai ketua pengawas kesihatan juga sama-sama memantau dan bekerjasama dengan guru-guru yg bertugas bagi menjalankan pemeriksaan suhu badan murid.


Selain murid, ibu bapa dan pemborong makanan juga tidak terkecuali untuk diperiksa suhu badan.

Kelas-kelas belajar seperti biasa.
Walaupun menggunakan penutup mulut bukan bererti sulit bagi murid-murid tersebut untuk meneruskan pelajaran yang diajarkan. Ini adalah langkah bagi berjaga-jaga dan berwaspada.
Mencegah
adalah lebih baik
daripada
mengubati.

Virus tidak mengenali umur atau sesiapa sahaja. Mudah-mudahan di sekolah ini tidak menghadapi penyakit jangkitan ini..... NA'UZUBILLAH HIMIN ZALIQ....

Sepanjang pengajaran yang dijalankan tidak lupa juga murid-murid diarahkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan sebelum rehat dan selepas rehat
( sebelum masuk ke bilik darjah )

Pembersih sentiasa membersihkan tandas dan menggunakan air antiseptik untuk membunuh kuman.
Selain warga sekolah diperiksa, tandas guru dan murid sentiasa dipantau dan periksa.
Pada hari ini, alhamdulillah... purata suhu badan diperiksa di bawah 38 celsius dan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.