Wednesday 27 January 2010

PENYAKIT H1N1

Mulai pada 25.1.2010 ISNIN minggu ke 4...
Perkumpulan pagi ditiadakan atas arahan dari pihak berkenaan.
Seperti biasa, SUHU BADAN murid mulai diperiksa.

Pada jam 7:15pagi
Bacaan Doa Khusus bagi Menghindarkan penyakit dilaksanakan,
diketuai oleh Ketua Guru Ugama, YM Ustaz Sahar bin Hj. Dayman


Murid-murid semua berada di dalam bilik darjah masing-masing
dan menadahkan tangan semasa bacaan doa dilaksanakan.



Semoga dengan adanya doa dan usaha ini, akan dihindarkan dari segala penyakit dan semoga semua WARGA SEKOLAH di sekolah ini dalam sejahtera, sihat walafiat.... amin.
Selesai doa, pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa mengikut jadual waktu masing-masing.

Monday 25 January 2010

25 JANUARI 2010
ISNIN
PERJUMPAAN GB BERSAMA GG SRMHT
Jam : 2 petang - 4 petang

Guru Besar, YM Cikgu Zainal Arfan bin DP. Hj. Ahmad
telah membincangkan bekenaan dengan perkembangan guru tentang pengusahaan yang telah diarahkan dan seterusnya membaca 'check list' yang telah dilaksanakan
bagi pengetahuan semua guru.

Alhamdulillah, GB mengucapkan TAHNIAH kepada guru-guru kelas yang mana telah mengusahakan untuk membisaikan suasana bilik darjah. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih dan merasa bangga melihat usaha guru-guru yang telah meluangkan masa untuk melaksanakannya tidak kira waktu hari kelepasan awam.

Dalam pada masa yang sama, GB telah memberi laluan kepada guru-guru / Ketua-ketua pengawas bahagian masing-masing untuk memberi penerangan selanjutnya.

Bahagian Akademik, telah menerangkan berkenaan dengan "Aktiviti Program Membaca" dan "Intervensi Murid" akan dimulakan dan dilaksanakan dalam bulan Februari. Fail-fail dan senarainama murid telah diserahkan kepada guru pengawas masing-masing.

Bahagian Pengawas Disiplin Sekolah, telah meminta kerjasama dari guru-guru kelas bagi perlantikan KETUA-KETUA DARJAH, KETUA KEBERSIHAN dan KETUA PREFEK 2010. InsyaAllah perlaksanaannya akan diungkayah dalam bulan FEBRUARI.

Bahagian Pengawas Bangunan, memaklumkan segala laporan telah dimbil tindakan dan akan disempurnakan sedikit masa lagi.

Sebelum bersurai, GB mengharapkan semoga semangat KERJASAMA di kalangan guru dan kakitangan di sekolah ini akan berpanjangan dan dapat menyempurnakan apa yang telah dirancangkan pada tahun ini.....

Monday 18 January 2010

Persekolahan Penggal I 2010

4 Januari 2010,
Persekolahan Penggal I telah pun bermula,
Semoga Tahun 2010 ini akan lebih bermakna bagi SRMHT
dan Selamat Menjalankan Tugas yang diAMANAH
kepada SEMUA Guru-guru dan Kakitangan Sekolah.

Kami Guru-guru dan Kakitangan Sekolah ini juga mengucapkan
SELAMAT DATANG
KEPADA

CIKGU ZAINAL ARFAN
BIN DATO PADUKA HJ. AHMAD

sebagai GURU BESAR di sekolah ini.