Thursday 23 April 2009


Petikan Visual dipetik dari Rampai Pagi Lintas Langsung dari Daerah Tutong
Pada 24hb. April 2009 Ahad - Jam 8:00 pagi
Yang diusahakan oleh Awg. Hj. Hairul Azri bin Hj. Salamat dan krew-krewnya.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak RTB cawangan Tutong atas kerjasama yang diberikan. Semoga SUKSESS selalu....AMIN

MATHS TRAIL COMPETITION BY PROSEB


Tuesday 21 April 2009

Projek Sekolah Berkelompok ( PROSEB ) bagi Kumpulan B
"Maths Trail Competition" adalah salah satu projek pilihan bagi sekolah ini.
4 buah sekolah terlibat dalam kumpulan B ini seperti berikut:
1. Sekolah Rendah Muda Hashim
2. Sekolah Rendah Keriam
3. Sekolah Rendah Pengian Muda Mahkota
4. Sekolah PDN. PJ. Sengkarai.
Peraduan ini telah diadakan pada 18 April 2009

Tetamu Kehormat Yang Mulia Cikgu Junit bin Hj. Mohammad
Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong I
Sebelum "Maths Trail Competition" dimulakan,
penerangan kepada Guru-guru Pengawas telah disampaikan
oleh Cikgu Nurhanisah binti Mohd. Hanafi.
Peraduan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan acara pelepas oleh Cikgu Hazman bin Hj.Aliuddin selaku wakil Guru Besar.
Sekolah-sekolah yang terlibat akan menuju ke Check-point yang telah diarahkan untuk membuka "sampul-surat bagi menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan. Setiap Check-point telah diawasi oleh guru pengawas yang diarahkan.

Murid-murid hendaklah menyelesaikan semua soalan-soalan disetiap checkpoint dan diberi masa sehingga jam 10.00 pagi.


Checkpoint 6 ( bahagian Parking )
diawasi oleh Cikgu Khoo Yuh Fen

Checkpoint 2 ( Library )
diawasi oleh Dyg. Masalamah Hj.Md. Noor


Checkpoint 1 ( Science Room )

Checkpoint 7 ( Parking Lot )


Checkpoint 4 ( Padang Sekolah )
Keputusan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:
Bahagian Rendah Bawah :
Johan - SR. KERIAM
Naib Johan - SR. PG. MUDA MAHKOTA
Ketiga - SR. MUDA HASHIM
Saguhati - SEK. PDN. PJ. SENGKARAI

Bahagian Rendah Atas :
Johan - SR. MUDA HASHIM
Naib Johan - SEK. PDN. PJ. SENGKARAI
Ketiga - SR. KERIAM
Saguhati - SR. PG. MUDA MAHKOTA
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat YM Cikgu Junit bin Hj. Mohammad, PPKDT1
Selain hadiah, SIJIL PENYERTAAN & SIJIL PENGHARGAAN juga telah diserahkan kepada pasukan tersebut.

Pada masa yang sama sekolah ini juga telah mengadakan "Peraduan Bijak Sifir" bagi murid-murid disekolah ini dan telah dikendalikan oleh Guru Pengawas Akademik Cikgu Seri Memi Fauziahwati binti Hj.Akip dan juga Cikgu Normas Aizah binti Ahmad Hizazi
Murid-murid dibahagikan kepada 3 kategori, Kategori A bahagian Rendah Bawah, Kategori B bahagian Rendah Atas dan Kategori C bahagian murid-murid SENA.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kerjasama pada sekolah-sekolah yang terlibat dan SEMUA AJK kerja menjayakan dan melancarkan rancangan dan majlis pada hari tersebut. Semoga dengan kerjasama yang ikhlas akan dikurniakan ALLAH rahmat, hidayat dan keberkatan kepada kita semua...AMIN...YA RABBAL AL AMIN...

PERLAWAN BOLASEPAK SEK-SEK REN. TUTONG I

Sekolah Rendah Muda Hashim juga menyertai perlawanan bolasepak bagi Tutong I anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong.
Perlawanan telah bermula pada 9 Mac 2009 jam 2.00petang hingga 4.30 petang, di Padang SRMHT.
Guru Pengawas: Cikgu Muhd. Haszman bin Hj.Aliuddin - Guru Kanan ECA
Cikgu Saiful Rizan & Cikgu Zainin
11 Mac 2009. -SR. Muda Hashim bertemu dengan SR. PM. Mahkota dengan keputusan 3 - 0 dan melayakkan mereka masuk ke saringan ke 2 bertemu dengan SR. Bukit Panggal pada 16 April 2009 dengan keputusan 1 - 3


Walaupun gagal di saringan ke 2, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kegighan dan usaha pasukan ini dan diucapkan Jutaan terima kasih kepada guru-guru pengawas atas kerjasama memberi tunjukajar dan latihan padu kepada murid-murid tersebut. Semoga Allah akan memberikan ganjaran pahala dan kerahmatan atas usaha dan kegigihan biscikgu dan juga murid tersebut.

PERADUAN MARI BERCERITA

Peraduan Mari Bercerita adalah salah satu aktiviti yang diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Pada 16 Mac 2009, peringkat saringan telah diadakan di DBP Tutong. Alhamdulillah, sekolah ini telah dapat mewakili untuk ke peringkat akhir di Daerah Tutong.

Persiapan latihan telah diberikan kepada murid-murid dan telah diawasi oleh guru pengawas Cikgu Dk. Hjh.Intan bin Pg.Hj.Jumat.
Khairul Bazilah binti Marjuki dan Eddy Asrul bin Asut
wakil dari SRMHT


Peraduan pada tahun ini, peserta hanya diberi masa 15minit untuk mereka cerita dalam gambar yang telah disediakan.

Peraduan peringkat akhir ini telah diadakan di SR. Bukit Udal, Tutong sebagai Tuan rumah, pada 4 April 2009.
Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya untuk mewakili peringkat Negara, Dyg. Khairul Bazilah telah mendapat tempat ke empat dan Awg. Eddy Asrul mendapat tempat ke tujuh ( Hadiah Saguhati ) dan ini memberikan pengalaman dan menunjukan mereka adalah seorang yang boleh dikatakan berani untuk tampil dikhalayak ramai dengan menceritakan secara spontan. Tahniah kepada Bazillah dan Eddy. cuba lagi tahun hadapan, insyaAllah KEGAGALAN bukan bererti berhenti di situ sahaja malah memberi semangat ingin mencuba dan mencuba lagi dan pengajaran bagi semua.

Friday 3 April 2009

Students joined the Netball Tournament



Not bad at all... Pemain Sekolah Muda Hashim telah melakukan yang terbaik di dalam gelanggang semasa perlawanan yang diadakan pada hari Khamis 2hb April 2009 di Sekolah Rendah Lamunin. Mereka mampu memberikan saingan yang baik menentang Sekolah Rendah Kiudang.

Perlawanan pertama: Seri satu sama.

Oleh kerana SERI SATU SAMA, mereka terpaksa berlawan sekali lagi untuk mencari pasukan yang benar-benar layak memasuki peringkat seterusnya. Tetapi nasib tidak menyebelahi Sekolah ini. Sekolah Rendah Kiudang dapat menewaskan Sekolah Muda Hashim dengan jaringan '2 - 1'.




Qillah, liza, Najwa, Khairun, Amal (Berdiri)
Samsina, Ihsan, Nabillah, Erney dan Shafiqah. (duduk)





Satu sama... dijaringkan oleh Ihsan (GS).




Guru Pengawas:
Normas Aizah & Hanisah.

Diucapkan Terima Kasih kepada guru-guru yang terlibat sama memberikan tunjuk ajar kepada pemain-pemain Sekolah.

Insyallah, untuk persiapan di tahun akan datang, latihan akan diteruskan dari masa ke semasa agar murid-murid lebih mahir bermain dalam sukan Bola Jaring ini.


Aktiviti sebelum cuti penggal persekolahan 1 2009

Instead of having the teaching and learning sessions on the last 1st school term, we had Aerobic, Walkaton and Quiz activities. But on one condition!!! The teachers must prepared home works for the students to complete on the school holidays. :)

I attached some of the pictures taken on that day..