Tuesday 21 April 2009

PERADUAN MARI BERCERITA

Peraduan Mari Bercerita adalah salah satu aktiviti yang diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Pada 16 Mac 2009, peringkat saringan telah diadakan di DBP Tutong. Alhamdulillah, sekolah ini telah dapat mewakili untuk ke peringkat akhir di Daerah Tutong.

Persiapan latihan telah diberikan kepada murid-murid dan telah diawasi oleh guru pengawas Cikgu Dk. Hjh.Intan bin Pg.Hj.Jumat.
Khairul Bazilah binti Marjuki dan Eddy Asrul bin Asut
wakil dari SRMHT


Peraduan pada tahun ini, peserta hanya diberi masa 15minit untuk mereka cerita dalam gambar yang telah disediakan.

Peraduan peringkat akhir ini telah diadakan di SR. Bukit Udal, Tutong sebagai Tuan rumah, pada 4 April 2009.
Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya untuk mewakili peringkat Negara, Dyg. Khairul Bazilah telah mendapat tempat ke empat dan Awg. Eddy Asrul mendapat tempat ke tujuh ( Hadiah Saguhati ) dan ini memberikan pengalaman dan menunjukan mereka adalah seorang yang boleh dikatakan berani untuk tampil dikhalayak ramai dengan menceritakan secara spontan. Tahniah kepada Bazillah dan Eddy. cuba lagi tahun hadapan, insyaAllah KEGAGALAN bukan bererti berhenti di situ sahaja malah memberi semangat ingin mencuba dan mencuba lagi dan pengajaran bagi semua.

No comments: