Thursday 21 May 2009

Majlis Perpisahan Guru2 TP 2009

Pada 16hb. Mei 2009 ( Sabtu) jam 11:45 am pihak sekolah telah mengadakan MAJLIS PERPISAHAN yang mana tempoh bagi Guru2 TP telah tamat bagi perkhidmatan mereka sebagai Guru Latihan Mengajar bersama di sekolah ini. Bagi pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih atas guru-guru TP yang mana telah memilih sekolah ini sebagai pilihan utama.

Untuk menyempurnakan majlis, Cikgu Hj. Salamat sebagai pengacara majlis.
Sebelum itu, ucapan alu-aluan dari GURU BESAR, YM. Cikgu Umar Ali bin Hj.Ismail Pegawai Pelajaran selaku Guru Besar telah memberikan beberapa saranan dan mengharapkan semoga guru-guru yang diraikan akan dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang pengajaran selama mereka bertugas di sekolah ini. Sebelum bacaan doa, guru-guru tersebut telah diberikan laluan untuk memberikan beberapa ucapan sebagai peninggalan di sekolah ini. Ucapan terima kasih dan kerjasama yang diberikan kepada guru-guru penyelia telah disampaikan oleh Cikgu Nurul Hafizah, Cikgu Hasrinah, Cikgu Hasmah, Cikgu Kai Lun dan Cikgu Faizal


Majlis Perpisahan ini telah diungkayahkan oleh bahagian kebajikan Ustaz Sahar dan Ustazah Siti Inah.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kerana banyak memberikan kerjasama dalam perihal akademik mahupun aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang biscikgu berada di Sekolah ini. Jasamu tetap dikenang~ All the best in the future. :)

No comments: