Monday 25 May 2009

23 MEI 2009 ( SABTU )
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN TUTONG I.
PADANG KOMPLEKS SUKAN TUTONG
TUAN RUMAH - SR. PENANJONG TUTONG I
Sekolah ini juga banyak menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat AKHIR.

Cikgu Muhd. Haszman telah ditugaskan sebagai Hakim Pelepas dan Penamat.
Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar ( diperolehi dan dipetik PICASA ALBUM dari SR. Penanjong )semasa hari kejohanan tersebut.

Acara Akhir yang disertai seperti

Lari 100m - Muhd. Nurfadini

Lari 200m - Edey Shamirol,

Lari 400m - Najib,

Lari 800m - Edey Shahrizal,

Lari 1 500m - Muhd. Al Qayyum

Lari 4x100m - Muhd.Fadini, Shahrol Nizam, Najib dan Edey Shamirol

Lontar Lembing - Edey Shamirol,

Buang Peluru - Mohd. Faiz Harith Firdaus,

Lempar Cekera - Muhd. Khairul Azri,

Lompat Jauh dan Lompat Kijang - Abdul Wafi

( bahagian Lelaki )

800m - Erni Ezlinah

1 500m - Erni Ezlinah

4X400m - Erni Ezlinah, Nurul Hafizah, Vevy Norshahfirah dan Aqilah yatul Wajihah

Buang Peluru & Lempar Cekera - Martina

Lompat Jauh & Lontar Lembing - Nursyahirah

( BAHAGIAN PEREMPUAN )


Keputusan :

Nurfadini (Johan Lari 100m ),

Edey Shamirol (Johan Lontar Lembing)

Erni Ezlinah (Naib Johan Lari 800m )

Abdul Wafi (Johan Lompat Jauh )

Edey Shamirol, Shahrol Nizam, Najib dan Nurfadini

(Naib Johan 4X100m Lelaki )

telah menerima hadiah dari Tetamu Kehormat YM. Cikgu Hjh. Rosni Hj. Tunggal, Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Sekolah-sekolah Tutong.


Edey Shamirol wakil dari sekolah ini telah menerima hadiah.
Johan Keseluruhan lelaki bagi tahun 2009 dari Tetamu Kehormat.

Alhamdulillah, sekolah ini telah berjaya menerima pingat emas, perak , gangsa dan diumumkan sebagai Johan keseluruhan bahagian Lelaki sementara Johan Keseluruhan bahagian Perempuan SR. Penanjong. Johan Keseluruhan SR. Binturan.

Guru Pengawas
Cikgu Hjh. Naemah & Cikgu Normas Aizah
juga ikut gembira atas kejayaan murid-murid


Gambar Kenangan murid-murid bersama Piala dan juga pingat yang telah mereka terima.
Tahniah dan Syabas.....
Guru Besar, Guru-guru dan semua warga sekolah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan yang diperolehi dan seterusnya mengharumkan nama sekolah ini.
SYABAS dan TAHNIAH juga kepada SR. PENANJONG sebagai TUAN RUMAH kerana berjaya melaksanakan dan seterusnya melancarkan kejohanan ini dengan sempurna.

Thursday 21 May 2009

Perlawanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

Acara Saringan Olahraga bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I diadakan baru-baru ini, 20hb Mei 2009 bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk menghantarkan wakil bagi setiap acara:

Larian 100 meter
(Muhd.Fadini & Najwa)

Larian 200 meter
(Eddy Shamirul & Aqillah)

Larian 400 meter
(Najib & Vevy)

Larian 800 meter
(Eddy Sharizal & Erney)

Larian 1500 meter
(Qayuum & Erney)

Larian 4 x 100 meter
(Fadini, Najib, Sharol Nizam & Eddy Shamirul - Lelaki)
(Aqillah, Aqillah Wajihah, Nabillah & Najwa - Perempuan)

Larian 4 X 400 meter
(Qayum, Yusri, Iman & Eddy Sharizal - Lelaki)
(Nurul, Ihsan, Erney & Vevy - Perempuan)

Lontar cekera
(Muhd.Khairul & Martina)

Lompat Jauh & Lompat Kijang
(Abdul Wafi & Nursyahirah)

Lontar Lembing
(Eddy Shamirol & Nursyahirah)


Hari ini, penyerahan nombor bagi setiap peserta yang mewakili sekolah ini, di mana peserta hendaklah memakai nombor yang telah disediakan untuk memudahkan lagi para hakim merujuk kod sekolah dan namanya.

Selepas perbarisan pagi, Peserta berkumpul di padang dan Cikgu Muhd. Haszman memberi penerangan tentang olahraga yang disertai, dan memberi SEMANGAT kepada peserta agar banyak yang akan mewakili ke peringkat akhir.
Cikgu Hajah Naemah & Cikgu Normas Aizah sebagai pengawas peserta.


Sebahagian peserta sedang menyemati nombor dan bantu membantu antara satu sama lain.

Acara larian 400 meter perempuan.

Acara Larian 400 meter lelaki ( Najib ) yang mana layak masuk ke peringkat akhir..... tahniah.... usahakan lagi.....


Eddy Sharizal pula layak masuk ke final bagi Acara larian 800 meter

a
Mereka sangat gembira kerana banyak masuk ke peringkat akhir.

i



Murid-murid HAPPY!!


Tahniah Erney kerana berjaya mengalahkan peserta lain dalam acara 800 meter!
She's GOOD in this!!

Acara yang masuk ke peringkat akhir:
Lari 100 meter (lelaki)
Lari 200 meter (lelaki)
Lari 400 meter (lelaki)
Lari 800 meter ( Lelaki & perempuan )
Lari 4X100 meter ( Lelaki )
Lari 4X400 meter ( perempuan )

WELLDONE!!!!!!!

Peringkat Akhir akan diadakan pada hari Sabtu, 23hb Mei 2009 di tempat yang sama.

Majlis Perpisahan Guru2 TP 2009

Pada 16hb. Mei 2009 ( Sabtu) jam 11:45 am pihak sekolah telah mengadakan MAJLIS PERPISAHAN yang mana tempoh bagi Guru2 TP telah tamat bagi perkhidmatan mereka sebagai Guru Latihan Mengajar bersama di sekolah ini. Bagi pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih atas guru-guru TP yang mana telah memilih sekolah ini sebagai pilihan utama.

Untuk menyempurnakan majlis, Cikgu Hj. Salamat sebagai pengacara majlis.
Sebelum itu, ucapan alu-aluan dari GURU BESAR, YM. Cikgu Umar Ali bin Hj.Ismail Pegawai Pelajaran selaku Guru Besar telah memberikan beberapa saranan dan mengharapkan semoga guru-guru yang diraikan akan dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang pengajaran selama mereka bertugas di sekolah ini. Sebelum bacaan doa, guru-guru tersebut telah diberikan laluan untuk memberikan beberapa ucapan sebagai peninggalan di sekolah ini. Ucapan terima kasih dan kerjasama yang diberikan kepada guru-guru penyelia telah disampaikan oleh Cikgu Nurul Hafizah, Cikgu Hasrinah, Cikgu Hasmah, Cikgu Kai Lun dan Cikgu Faizal


Majlis Perpisahan ini telah diungkayahkan oleh bahagian kebajikan Ustaz Sahar dan Ustazah Siti Inah.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kerana banyak memberikan kerjasama dalam perihal akademik mahupun aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang biscikgu berada di Sekolah ini. Jasamu tetap dikenang~ All the best in the future. :)