Monday 25 January 2010

25 JANUARI 2010
ISNIN
PERJUMPAAN GB BERSAMA GG SRMHT
Jam : 2 petang - 4 petang

Guru Besar, YM Cikgu Zainal Arfan bin DP. Hj. Ahmad
telah membincangkan bekenaan dengan perkembangan guru tentang pengusahaan yang telah diarahkan dan seterusnya membaca 'check list' yang telah dilaksanakan
bagi pengetahuan semua guru.

Alhamdulillah, GB mengucapkan TAHNIAH kepada guru-guru kelas yang mana telah mengusahakan untuk membisaikan suasana bilik darjah. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih dan merasa bangga melihat usaha guru-guru yang telah meluangkan masa untuk melaksanakannya tidak kira waktu hari kelepasan awam.

Dalam pada masa yang sama, GB telah memberi laluan kepada guru-guru / Ketua-ketua pengawas bahagian masing-masing untuk memberi penerangan selanjutnya.

Bahagian Akademik, telah menerangkan berkenaan dengan "Aktiviti Program Membaca" dan "Intervensi Murid" akan dimulakan dan dilaksanakan dalam bulan Februari. Fail-fail dan senarainama murid telah diserahkan kepada guru pengawas masing-masing.

Bahagian Pengawas Disiplin Sekolah, telah meminta kerjasama dari guru-guru kelas bagi perlantikan KETUA-KETUA DARJAH, KETUA KEBERSIHAN dan KETUA PREFEK 2010. InsyaAllah perlaksanaannya akan diungkayah dalam bulan FEBRUARI.

Bahagian Pengawas Bangunan, memaklumkan segala laporan telah dimbil tindakan dan akan disempurnakan sedikit masa lagi.

Sebelum bersurai, GB mengharapkan semoga semangat KERJASAMA di kalangan guru dan kakitangan di sekolah ini akan berpanjangan dan dapat menyempurnakan apa yang telah dirancangkan pada tahun ini.....

No comments: