Monday 18 October 2010

'FIREDRILLLLLLLLLL'

SRMHT juga tidak ketinggalan menjlnkan apa yang diamanahkan bagi kesihatan warga sekolah.
Selepas pembarisan pagi dan bacaan doa, murid-murid diarahkan untuk membuatkan beberapa pergerakan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti program membaca.
Aktiviti Pergerakan Senama Ringan ini telah dijalankan setiap pagi dengan diketuai oleh guru-guru yang bertugas mengikut hari yang telah ditetapkan.



Selain aktiviti pergerakan senaman pagi, murid-murid SRMHT juga telah diberikan
Latihan Keselamatan "FireDrill".
'Lonceng Panjang' ......TING.....TING...TING....TING.....TING....TING....TING....TING...TING....
menandakan tanda sesuatu yang berlaku.
Semua murid-murid telah bergerak mengikut arahan yg telah diberikan dan bergerak menuju tempat selamat.
Pergerakan telah dicatat dalam masa 3 minit di mana murid-murid & guru-guru telah berkumpul di tempat selamat.



PGB telah mengingati semula kepada murid agar bergerak lebih cepat lagi dan mengingati kawan-kawan antara satu sama lain yang hadir pada hari tersebut dan memaklumkan kepada guru darjah atau guru relief/ matapelajaran pada masa tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Guru-guru pula diarahkan untuk memeriksa murid mempastikan semua murid pada masa tersebut tidak tertinggal di kawasan yang bahaya.

Semoga dengan adanya latihan ini nanti, Guru-guru dan murid-murid tidak akan merasa begitu CEMAS dan boleh menyelamatkan diri dari BAHAYA.

No comments: