Tuesday 23 November 2010

TAKLIMAT PRA SEKOLAH 2011

Hari ini 23 November 2010
Taklimat Pra Sekolah 2011
Jam: 8:30 pagi - di Dewan SRMHT

Pihak sekolah telah mengadakan sesi
TAKLIMAT bagi Ibu bapa / penjaga murid Pra Sekolah 2011.
Ibu bapa telah diterangkan apa isi kandungan dlm pembelajaran Pra Sekolah.
Selain daripada itu, Guru Besar telah menegaskan dan mengingati kepada ibu bapa / penjaga murid agar dapat mematuhi Disiplin sekolah terutama sekali berkenaan dengan Kedatangan sekolah. Jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah kemungkinan pembelajaran akan banyak tertinggal lebih-lebih lagi pengajaran pada masa ini menggunakan Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 [ SPN21].
Selain daripada itu juga meminta kerjasama ibu bapa / penjaga murid agar tidak menunggu terlalu lama di sekolah supaya guru pra nanti mudah untuk membimbing dan membiasakan mereka sesama rakan sekelas.
Sebelum diberikan penerangan Taklimat Pra Sekolah, Guru Kanan Pentadbiran telah diberi laluan untuk menerangkan bahawa pada tahun 2011, semua ibu bapa / penjaga murid akan melaksanakan sisi menandatangani surat perjanjian dengan sekolah untuk mengatasi masalah disiplin terutama sekali tentang kedatangan sekolah, pakaian seragam sekolah, kerja-kerja latihan / kerja rumah sentiasa diambil perhatian oleh ibu bapa dan juga menerangkan berkenaan dengan Bertukar / Berpindah dan juga Pas Penuntut bagi tahun 2011.
Bahagian Pra Sekolah telah disampaikan oleh Guru-guru Pra Sekolah. Penerangan telah diberikan melalui Power Point di mana sepanjang awal bulan persekolahan, pra sekolah banyak melibatkan beberapa aktiviti yang disediakan di awal bulan Januari 2011.
Guru English Pra Cikgu Nur Hanisah juga telah menerangkan berkenaan dengan pengajaran menggunakan fonik yang mana pada masa ini banyak bilangan muridnya boleh membaca dengan lancar walaupun masih di pra sekolah.
Cikgu Nur Hanisah juga meminta kerjasama pada ibu bapa / penjaga murid agar anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah supaya pengajaran yang disampaikan tidak ketinggalan bagi mereka nanti.


Sebahagian ibu bapa / penjaga murid pra yang hadir.

Akhirnya, Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga yang hadir pada hari ini kerana berkesudian meluangkan masa untuk mendengarkan taklimat berkaitan dengan pengajaran pra sekolah khusus untuk anak-anak mereka yang telah mendaftar di sekolah ini. Semoga dengan adanya penerangan yang diberikan, ibu bapa / penjaga murid tidak lagi tertanya2 mengapa pengajaran pada masa ini banyak aktiviti [bermain] daripada belajar menulis di awal persekolahan.
InsyaALLAH atas berkat kerjasama Pengajaran dan Pembelajaran yang disampaikan akan mencapai target yang dituju.
KERJASAMA BIMBINGAN DARI IBU BAPA / PENJAGA MURID ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

No comments: