Saturday, 18 July 2009

DOA HINDARI DARI WABAK INFLUENZA A H1N1

Pemeriksaan SUHU BADAN murid masih dijalankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada merebaknya wabak INFLUENZA A H1N1



Tandas dan penjagaan kebersihan diri sentiasa diarahkan dan dipantau setiap masa.



Murid-murid diarahkan untuk sentiasa membersihkan tangan sebelum dan selepas rehat.



Pada hari ini bermulanya AKTIVITI MEMBACA DOA
waktu pagi sebelum pengajaran & pembelajaran bagi sesi awal dimulakan
untuk menghindari dari Wabak INFLUENZA A H1N1
Doa dibacakan pada jam 7:30pagi dengan menggunakan pembesar suara
diketuai oleh Ketua Guru Agama YM Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Doa diAMINkan oleh semua WARGA sekolah di dalam darjah masing-masing.



Pada setiap Hari Sabtu, waktu ECA bahagian badan AGAMA dan badan ECA SRMHT bergabung untuk menjalankan
AKTIVITI MEMBACA SURAH YAASIN
dan SEMBAHYANG HAJAT
dengan diawasi oleh guru-guru Rendah Atas.
dan murid & guru perempuan Rendah Atas yang beragama Islam diarahkan untuk membawa TELKONG bagi melaksanakan bersama-sama di Bilik Ibadat SRMHT.





Sementara bahagian Rendah Bawah pula diarahkan untuk membaca doa khas dalam dewan bersama-sama dengan guru-guru bahagian rendah bawah.

Semoga dengan USAHA dan IKHTIAR yang dirancangkan ini nanti akan dapat mengurangkan masalah bagi semua WARGA SEKOLAH ini khasnya dan Negara Brunei Darussalam amnya dan akan SELAMAT selama-lamanya.
AMIN-AMIN YA RAB BAL AL AMIN
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics


Petikan Video Bacaan Doa untuk Menghindari dari PENYAKIT INFLUENZA A H1N1

No comments: