Friday 4 June 2010

3.6.2010 MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN

3 Jun 2010, Khamis
MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN
Hari ini hari terakhir bagi persekolahan penggal II dan 4hb. Jun hingga 20h. Jun bermulanya cuti Penggal II. Pada hari ini, SRMHT telah mengadakan beberapa aktiviti seperti "Senamrobik, Kempen Kebersihan Kelas dan Kawasan Sekolah dan seterusnya mengadakan MAJLIS PERSARAAN bagi CIKGU ZAININ BIN LIAN dan MAJLIS PERPISAHAN Guru-Guru TP selama 4 bulan bagi CIKGU RAIHANA MUHD.HANAFI dan CIKGU ERVINA JAILANI.
Majlis dimulakan dgn bacaan Surah Al Fatihah dan disusuli Ucapan Alu-aluan GB dgn mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti yang diberikan selama bertugas di sekolah ini.
Cikgu Zainin bin Lian juga telah diberi laluan
untuk menyampaikan ucapan terakhir sebelum meninggalkan sekolah ini.

Cikgu Ervina dan Cikgu Raihana juga telah diberi peluang untuk
memberikan ucapan.
Wakil murid Izzatul Md. Terang dari Tahun 6 telah memberikan ucapan khas untuk Cikgu Zainin yang mana telah mendidik mereka sepanjang bertugas di sekolah ini
Sebelum bacaan Doa,
penyampaian Cenderamata Kenang-kenangan kpd guru bersara dan penyampaian Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan bersama
melaksanakan eXPLOMATHS ke 18 sepanjang bertugas di sekolah ini
kepada Cikgu Ervina binti Jailani
Cikgu Raihana binti Muhd. Hanafidan juga Penyampaian Sijil Penyertaan 'Mari Bercerita' kepada 2 orang murid
Batrisyia Amzari Nuralif Hj.Mohd.Jawie Tahun 4A
Sebelum Bacaan Doa, PGB Cikgu Junaidi juga telah menyampaikan serba sedikit ucapan penghargaan kepada guru-guru yang dira'kan dan juga memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid yang mana akan memulakan cuti penggal agar sentiasa mengulangkaji pelajaran, membuat kerjarumah yang diberikan dan jaga keselamatan diri.
Sebelum menikmati Jamuan, semua murid-murid telah diberi peluang untuk bersalam-salaman bersama guru-guru yang dira'ikan.
Di akhir majlis, Guru-guru dan murid-murid telah menikmati jamuan bersama-sama

No comments: