Wednesday 9 June 2010

'CONSTRUCTION OF ICT MATHEMATICAL TEACHING AIDS FOR LOWER PRIMAY SCHOOL'

26 Mei 2010 ( Rabu )
SR. Muda Hashim sebagai Tuan Rumah telah memberi peluang kepada guru-guru bagi menyertai 'Construction Of ICT Mathematical Teaching Aids for Lower Primary Teachers' sempena Majlis eXPLOMATHS ke 18 2010.

28 buah sekolah dari Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong & Belait telah menyertai acara ini, dan 10 buah sekolah yang terbaik sahaja yang akan membuat presentasi dan seterusnya menerima sijil penghargaan dan hadiah.

Tetamu Kehormat:
Abdul Kani bin Abdullah Ulang,
Pmk. Pen. Pengarah Sekolah Daerah Tutong,
JSS, Kementerian Pendidikan, NBD.


Guru Besar YM. Cikgu Zainal bin Dato Paduka Hj. Ahmad
bersama Tetamu Kehormat dan Pegawai-pegawai
dari Jabatan Sekolah-sekolah Tutong.

Guru-guru Besar dan wakil hadir menyaksikan majlis ini.

Juruacara & Pengawas Pemarkahan
sedang sibuk melaksanakan tanggongjawabnya.




Sebahagian peserta 'Top 10' sedang mempresentasikan
ABM dalam pengajaran Matematik melalui ICT
dan sedang dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik


Di akhir majlis,
Tetamu Kehormat telah diberi laluan
untuk memberi ucapan khas bagi majlis tersebut
'Pendidikan SPN21 menghendaki guru-guru lebih kreatif dalam isu-isu pendidikan, mengukuhkan kemahiran Numerasi dan Literasi. Oleh itu apa yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa eXPLOMATHS ini bagi peringkat pendidikan rendah pada pagi ini memang menepati kerana ianya menjurus kepada keperluan Numerasi'
dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang berserta Sijil Penyertaan
bagi sekolah-sekolah yang menyertai acara ini.

Sebelum bersurai, bacaan doa telah disampaikan oleh
Ketua Guru ugama SRMHT
Ustaz Sahar bin Hj. Dayman.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada yang terlibat yang mana telah sama-sama menjayakan majlis ini dan mengucapkan TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya .

No comments: