Wednesday 10 February 2010

AKTIVITI LAWATAN & TEMUDUGA THN2

Matapelajaran Bahasa Melayu SPN21
bagi tahun 2 telah dilaksanakan dengan cara mengadakan "Presentations-Murid".
Murid-murid thn2 ini telah diberikan Aktiviti Tambahan
mengikut kumpulan masing-masing.
(Melawat & Menemuduga guru-guru mengikut pilihan mereka)
Sebelum memulakan aktiviti, guru menerangkan dan menunjukcara menginterview guru-guru yang mereka pilih dan seterusnya mencatat maklumat berkenaan dengan guru tersebut.
Objektifnya:
1. Melatihkan murid memberanikan diri untuk menemuduga guru yang dipilih.
2. Melatih murid untuk membuat secara “Teamwork”.
3. Melatihkan murid supaya boleh bertutur secara bertatasusila.
4. Dapat menyampaikan sesuatu maklumat yang perolehi dengan betul.

Dibawah ini adalah sebahagian gambar murid yang telah menjalankan aktiviti bagi hari PERTAMA "Menginterview / Menemuduga" guru-guru pilihan mengikut kumpulan masing-masing dan setelah selesai, Ketua kumpulan menyampaikan maklumat pada rakan sekelas.

Murid-murid dari Tahun 2A

Kumpulan Wilson


Kumpulan Nike


Kumpulan yy Yonex


Kumpulan Adidas


Kumpulan Ashaway

Murid-murid Tahun 2B

Kumpulan Menchester


Kumpulan Liverpool


Kumpulan Chelsea


Kumpulan Arsenal

Sebahagian petikan rakaman Video semasa mengadakan
"Kongsisama bersama Rakan Sekelas"
Secara perseorangan dan kumpulan.




Dihari ke 2, selain Ketua Kumpulan, murid-murid yang lain juga ( mengikut kumpulan ) telah diberi peluang untuk menerangkan maklumat guru tersebut. Setelah selesai murid-murid diarahkan untuk mencatat dalam bukukerja masing-masing tentang maklumat guru yang dipilih dan seterusnya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.



Diakhir pengajaran ini:
1. Murid boleh berinteraksi bersama guru yang dipilih.
2. Murid dapat maklumat dengan betul berkenaan dengan guru tersebut.
3. Murid dapat membuat secara bekerjasama mengikut kumpulan.
4. Murid boleh menceritakan sesuatu perkara berdasar maklumat yang diterima dengan yakin dan boleh membuat latihan yang diarahkan

Alhamdulillah, hasil dari aktiviti ini murid boleh membina ayat dan membuat sebuah karangan darihal "Guru yang saya sukai". Saya sebagai guru matapelajaran BM, mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru berkenaan kerana memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti yang dirancang. Semoga dengan usaha kerjasama dan keikhlasan ini akan memberikan manafaat kepada murid-murid tersebut dan mendapat hidayat dan rahmat dari Allah Subahanahu Wataala. Amin....

No comments: