Wednesday, 17 February 2010

Lawatan Pmk. PPDT

SRMHT hari ini telah menerima kunjungan dari Pmk. Penolong Pengarah Daerah Tutong, PPDT1 dan PPDT2. Lawatan tersebut adalah untuk meninjau tentang hal ehwal sekolah terutama sekali berkenaan dengan Bilik Perpustakaan dan juga bilik ICT.

Dengan lawatan tersebut, Pmk.PPDT menyarankan dan mengharap agar bilik perpustakaan akan berubah corak bagi keselesaan pengunaan murid-murid di sekolah ini. InsyaALLAH, perpustakaan ini akan diusahakan bersama bagi menyempurnakan hasrat yang dimaksudkan ( Perpustakaan Konsep Baru )..... LIHAT dan TENGOK nanti.....


Selain bilik perpustakaan, bilik ICT juga diharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di sekolah ini dengan memperbanyakkan penggunaan pengajaran melalui komputer agar lebih menarik minat murid untuk mempelajarinya lagi.


PERJUMPAAN AJKT eXPLOMATHS 2010
Perjumpaan telah diadakan sebelah petang jam 2 di Dewan SRMHT. Perjumpaan tersebut membincangkan berkenaan dengan eXPLOMATHS senegara dan sekolah ini adalah diamanahkan sebagai TUAN RUMAH yang akan diadakan perlancaranan pada APRIL 2010.

GB, Cikgu Zainal Arfan mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa bersama-sama bagi membincangkan acara yang akan diselenggarakan oleh sekolah ini. GB telah menyerahkan kepada Cikgu Nur Hanisah sebagai AJK Setiausaha bagi menerangkan agendanya dan seterusnya membincangkan apa yang perlu dan patut dilakukan oleh semua AJK Kerja.




Bermacam-macam cadangan dan pandangan telah diberikan oleh guru-guru dan ini akan menambahkan lagi idea-idea yang terkini. Perbincangan tersebut berakhir pada jam 4 petang.

No comments: