Thursday 6 November 2008

MAJLIS TAHLIL & DOA ARWAH

6.11.2008 ( Khamis ) Jam 11pagi di DEWAN SRMHT

Hari ini SRMHT telah mengadakan majlis tahlil & doa arwah
khusus kepada Allahyarhamah Dyg. Rosmah binti Sahat, kakitangan sekolah ini ,
yg tlh kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 2008M/21 Syawal 1429H

Sebelum memulakan acara, GB Yg. Mulia Cikgu Umar Ali bin Hj.Ismail mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarhamah, semoga tabah menghadapinya dan pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran Pengerusi PIBG YM. Awg. Jalani bin Hj. Muhamad
dan AJK PIBG yang lain kerana sama-sama menghadiri majlis ini.
Bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh :
Ketua Guru Ugama, YM Ustaz Sahar bin Hj.Dayman.

Seterusnya, GB menyampaikan wang kutipan derma dari semua WARGA SEKOLAH
kepada suami Allahyarhamah YM. Awg. Sulaihi bin Adis.

Kami semua WARGA SEKOLAH mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri Rahmat dan dimasukkan ke dalam golong org2 yg beriman, beramal soleh dan ahli2 syurga.
AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
AL FATIHAH

Sebelum menikmati jamuan, pembahagian makanan kepada semua murid telah dilakukan.





Majlis selesai pada jam 11:45 pagi.

No comments: