Tuesday 25 November 2008

PENERANGAN SPN21

Perjumpaan GB bersama Guru-Guru
Tajuk: Penerangan berkenaan dengan SPN21 & Tugasan Guru 2009

24hb. November 2009 - ISNIN - jam: 2:15 petang Di DEWAN SRMHT

YM. Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail Pegawai Pelajaran / Guru Besar SRMHT menerangkan dan menjelaskan lagi Apa dia SPN21? Bila SPN21 dilaksanakan? Kenapa sistem pendidkan perlu berubah? Apakah faedah SPN21? kepada guru-guru. Ini telah dijelaskan lagi melalui "Slideshow" dengan terperinci.

Seterusnya GB menyerahkan kepada YM.Cikgu Hazibah binti Hj. Abd. Manan Pegawai Pelajaran / Penolong Guru Besar juga selaku Ketua AKADEMIK menyambung penerangan berkaitan dengan Sistem pendidikan sekarang dengan SPN21 dan gelaran bagi kelas / darjah pada tahun 2009 terutama sekali bagi Thn 1 & thn 4. Selesai saja memberi penerangan tersebut, PGB memaklumkan tugasan mengajar guru-guru bagi tahun 2009 dan seterusnya menyerahkan JADUAL WAKTU 2009.

Guru-guru sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh GB & PGB

Alhamdulillah, semua penerangan yang diberikan telah difahami oleh semua guru, Selepas penyerahan tugas & jadual waktu , guru-guru berbincang untuk menyenaraikan berkenaan dengan pembelian jumlah bukutulis & bukukerja yang akan digunakan bagi kelas bersama dengan guru relief / guru matapelajaran masing-masing. Bagi guru thn1 & thn 4 telah diserahkan senarai nama buku-buku teks yang telah disediakan dan yang akan digunakan pada thn 2009. Semoga thn 2009 dalam era SPN21 ini nanti, semua pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan lagi akademi di sekolah ini..... insyaALLAH..... Perjumpaan selesai pada jam 3.30 petang.

No comments: