Wednesday, 26 November 2008

NAIK DARJAH

ACARA NAIK DARJAH BAGI TAHUN 2009
26 November 2008
Lonceng berbunyi jam 8:00pagi menandakan masa untuk murid-murid berkumpul dan berbaris bagi memaklumkan acara NAIK DARJAH. Semua murid berkumpul di kawasan tengah bangunan sekolah. Semua murid dimaklumkan bahawa tahun hadapan gelaran bagi kelas / darjah menggunakan tahun sahaja seperti Tahun 1 , Tahun 2, Tahun 3 dan seterusnya Tahun 6.
Kelihatan murid-murid tidak sabar & begitu gembira sekali
apabila mendengar nama mereka disebut dan dibawa oleh guru baru mereka.
Ini gambar murid bagi Tahun 5A 2009 dan guru kelasnya,
Cikgu Farah Wahidah binti Hj.Razali
Suasana murid sedang memindahkan kerusi meja ke kelas baru mereka.
Guru Besar juga berkesempatan melawat ke kelas-kelas melihat suasana murid yang berpindah ke kelas baru dan menyarankan mereka supaya tahun hadapan 2009 dapat keputusan yang lebih cemerlang lagi dan tahun hadapan tanamkan minat suka membaca buku supaya lebih banyak pengetahuan lagi.
Murid-murid telah diserahkan buku teks masing-masing mengikut kelas.
Cikgu Nurhairunnisa guru Tahun 2 sedang sibuk menyerahkan
buku-buku teks kepada murid-muridnya.
Cikgu Farah Wahidah sedang mencatat nama-nama murid
ke dalam borang "Pinjaman Buku-buku Teks bagi Tahun 2009"
Murid-murid Tahun 3 juga telah diserahkan buku teks untuk pelajaran tahun hadapan.
Cikgu Norhashimah binti Hj.Ibrahim bersama muridnya Tahun 5B
Murid-murid begitu gembira sekali setelah mendapat buku teks untuk pelajaran tahun hadapan. Guru-guru darjah telah mengarahkan murid supaya buku-buku tersebut dijaga dengan baik dan hendaklah dilapis supaya nampak kemas dan bersih.
Semoga Guru-guru akan lebih bersemangat lagi untuk memberikan pengajaran kepada murid Terutama sekali bagi Tahun 1 dan Tahun 4 dalam SPN21 ini.
SEMOGA BERJAYA
& MEMPEROLEHI KECEMERLANGAN
DI ERA SPN21

No comments: