Monday 6 July 2009

6.7.2009 ( ISNIN ) - Sekolah ini telah melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh pihak atasan.

Pada jam 6.15pagi telah pun sampai ke sekolah dan telah diarahkan untuk menuju ke dewan untuk pemeriksaan SUHU BADAN. Pemeriksaan ini telah dilaku sehingga jam 7.50pagi.

YM. Cikgu Umar Ali telah memulakannya dgn menggunakan alat INFERED THERMOSCOPE , dan tidak ketinggalan juga menjalankan tanggongjawabnya memeriksa SUHU BADAN murid-murid yang datang awal.

dan seterusnya dijalankan oleh guru-guru yang bertugas pada hari ini ISNIN.


Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah juga
tidak TERKECUALI bagi pemeriksaan SUHU BADAN.


Setelah SUHU BADAN diperiksa, suhu badannya dicatat dlm stiker dan dilekatkan pada baju bagi menandakan murid, guru dan kakitangan tersebut telah diperiksa.
Seterusnya catatan tersebut akan dicatat oleh guru darjahnya masing-masing.

Alhamdulillah atas kerjasama dari semua pihak rancangan pemeriksaan suhu badan dilaksanakan dengan sempurna.

Ini adalah sebahagian murid-murid yang menggunakan MASK
yang mana Ibu bapa / Penjaganya
mengambil peduli akan hal kesihatan & keselamatan anak2 mereka.
Semoga Ibu bapa yang lain akan dapat berusaha untuk mendapatkan MASK demi menjaga kesihatan anak-anak sewaktu mereka berada di sekolah.

Walaupun suasana dilanda INFLUENZA A H1N1,
di sekolah ini belajar seperti biasa mengikut jadual waktu.
dan tidak kurangnya juga terdapat sebahagian murid pada hari ini TIDAK HADIR ke sekolah Dalam hal ini, guru darjah telah dimaklumkan bahawa kedatangan murid tersebut ditanda dgn 'P' di tengah bulatan.

Murid-murid PRA A & B

Murid TAHUN 1 A & B

Murid-murid TAHUN 2A & B

Murid-murid TAHUN 3A & B

Murid-murid TAHUN 4A & B


Murid-murid TAHUN 5A & B

Murid-murid TAHUN 6A & B

Murid-murid sentiasa diingati supaya sentiasa mencuci tangan sebelum makan & selepas makan dengan menggunakan pencuci tangan yang telah dikhaskan.
Alhamdulillah, sepanjang hari persekolahan hari ini tidak didapati murid diarahkan untuk balik. Keadaan BAIK, guru-guru dan kakitangan sekolah ini sentiasa mematai2 n mengingat-ingati kpd murid agar sentiasa menjaga kebersihan diri.

INSYAALLAH,
KERJASAMA YANG DIBERIKAN AKAN MERINGANKAN LAGI SUASANA WALAUPUN BERAT RASANYA BAHU MEMIKUL.

"BERSATU....BERMUAFAKAT....MEMBAWA BERKAT.....AMIN....."

Posted by Picasa

2 comments:

Unknown said...

Good post….thanks for sharing.. very useful for me i will bookmark this for my future needed. thanks for a great source.
SEO Services

Anonymous said...

Thanks for the nice feedback everyone, I really appreciate it!

SEO India