Saturday 4 July 2009

Persiapan untuk menghadapi suasana dipagi ISNIN telah pun dibincangkan bersama dan insyaALLAH kerjasama yang diberikan,
rancangan PEMERIKSAAN semua MURID akan terlaksana dengan sempurnanya.

Hari ini 4 Julai 2009 ( SABTU ) jam 8:30 pagi,
mengadakan perjumpaan untuk pembahagian kerja bagi KEMPEN KEBERSIHAN
seperti tandas, di sekitar kawasan sekolah, longkang, bilik-bilik darjah, bilik khas dan sebagainya.

Sebelum memulakan kempen kebersihan, Guru Besar, YM Cikgu Umar Ali telah memberikan penerangan berkenaan persiapan di hari ISNIN dan memaklumkan kepada GURU DARJAH agar dapat mencatat kedatangan murid untuk mengetahui keramaian yang hadir dan yang tidak hadir ke sekolah sepanjang minggu 24 ini dan akan dihantar ke JSST pada 13 Julai 2009.
Borang catatan kehadiran murid bagi setiap darjah dan catatan suhu badan murid juga telah diserahkan kepada GURU DARJAH masing-masing.


YM Cikgu Junaidi,
PGB pula mengarahkan pembahagian tempat bagi melaksanakan kempen kebersihan.


Air pembunuh kuman telah disediakan untuk digunakan semasa kempen dijalankan

Kakitangan sekolah sedang membersihkan longkang sekolah.

Guru Lelaki juga tidak ketinggalan mendangani kakitangan sekolah
bagi membersihkan sekeliling longkang sekolah.

Guru-guru perempuan pula membersihkan bilik masing-masing

Selain membersihkan bilik & longkang,
air pembunuh kuman juga telah disemburkan
dan dimopkan di bilik khas dan bilik darjah masing-masing.

Selesai KEMPEN KEBERSIHAN, Guru-guru SRMHT telah mengadakan BACAAN DOA SELAMAT & DOA TOLAK BALA agar dijauhi daripada gejala-gejala yang tidak diingini ini.
Bacaan Doa telah dibacakan oleh YM Ustaz Sahar KGU.

AMIN...AMIN....YA RABBAL AL AMIN......


zwani.com myspace graphic comments

No comments: