Pihak Kementerian Pendidikan juga telah mengambil tindakan berjaga-jaga dan menyerahkan Infrared ThermoScope kepada setiap sekolah untuk pemeriksaan suhu badan setiap murid yang hadir. Di sekolah ini telah diberikan 2 kotak mengikut keramaian murid ( 218 orang )di mana maksimum bagi 100 murid bagi 1 ThermoScope.
Infrared ThermoScope ini telah diberi tunjukcara penggunaannya dan pada hari tersebut semua guru-guru dan juga kakaitangan sekolah yang hadir telah diberi pemeriksaan suhu badan seterusnya mencatat dalam buku catatan kedatangan bagi langkah berjaga-jaga.
Pada keesokan harinya 30 Jun 2009 jam 8.30pagi, satu perjumpaan telah dilaksanakan bagi menerangkan berkenaan dengan INFLUENZA A H1N1 kepada semua guru.
Cikgu Junaidi Hj.Siput, PGB yang mana telah hadir bagi TAKLIMAT INFLUENZA A H1N1 oada 25 Jun 2009 ( Khamis ) bertempat di Maktab Sains Paduka Seri Begawan telah memberikan kongsisama kepada guru-guru di sekolah ini.
Seterusnya memberikan cadangan dan tindakan yang akan dilakukan semasa murid-murid hadir ke sekolah pada ISNIN 6 Julai 2009.
Bahagian AJK Pengawas Kesihatan sekolah ini juga mengambil peranan penting bagi memikirkan cara tindakan yang harus dilakukan semasa hari persekolahan ini nanti.
Beberapa tindakan telah dicadangkan pada hari tersebut seperti:
Pagar A ( kawasan pentas diraja )
Pintu MASUK bagi SEMUA MURID ( melalui pintu kecil )
Murid-murid tersebut akan diturunkan dan terus menuju ke DEWAN sebelum ke bilik darjah masing-masing bagi pemeriksaan suhu badan dan seterusnya dicatat oleh guru darjah masing-masing.
Pagar B ( berdepanan dengan Jab. Elektrik )
dan
akan diTUTUP SEMENTARA
selama pemeriksaan dijalankan
InsyaALLAH
surat PEMBERITAHUAN kepada Ibu bapa / Penjaga murid akan diedarkan pada hari pertama persekolahan tersebut.
Kita berdoa semoga penyakit ini tidak akan MENULAR di sekolah ini dan semoga SELAMAT dan dijauhi dari ALLAH S.W.T jua AMIN.
InsyaALLAH
surat PEMBERITAHUAN kepada Ibu bapa / Penjaga murid akan diedarkan pada hari pertama persekolahan tersebut.
Kita berdoa semoga penyakit ini tidak akan MENULAR di sekolah ini dan semoga SELAMAT dan dijauhi dari ALLAH S.W.T jua AMIN.
Semua IBU BAPA / PENJAGA MURID hendaklah mematuhi arahan yang diberikan.
Kerjasama dari semua pihak adalah sangat-sangat diperlukan bagi melancarkan lagi perlaksanaan yang dirancangkan.
No comments:
Post a Comment