Tuesday, 24 February 2009

CHORAL READING

Sekolah ini telah menyertai "Choral Reading competition" yang mana diadakan pada 25 Februari 2009 di Sek PDN. PJ. Sengkarai, Tutong.

Sebelum hari pertandingan, Cikgu Nurhanisah dan Cikgu Seri Memi Fauziahwati telah berusaha mendidik dan menunjuk ajar kepada murid-murid yang terlibat. Latihan-latihan tersebut juga telah diadakan semasa cuti sekolah sebelum hari pertandingan. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga murid yang terlibat kerana memberikan sokongan, moral dan kerjasama bagi menjaya aktiviti sekolah.


Aksi-aksi murid rendah bawah dan rendah atas semasa mengadakan latihan.
Mereka juga menunjukan semangat yang gigih tidak mengira penat lelah... masih boleh bergaya apa yang diarahkan.... syabas kepada semua murid-murid yang terlibat dan kepada guru pengawasnya.



Pertandingan ini adalah termasuk program PROSEB bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tutong dan dibahagikan kepada beberapa zone.
SRMHT adalah termasuk zone B di mana 4 buah sekolah bertanding.
Sekolah yang terlibat seperti
Sek. PDN. PJ. Sengkarai sebagai Tuan Rumah
SR. Muda Hashim, SR. PM. Mahkota dan SR. Keriam.
P

Aksi murid-murid SRMHT bagi Rendah Bawah

Aksi murid-murid bagi Rendah Atas


Cikgu Hanisah guide the students..


Diakhir pertandingan telah diumumkan keputusan di mana SRMHT kategori RENDAH BAWAH telah mendapat JOHAN dan kategori RENDAH ATAS tempat ketiga.
TAHNIAH & SYABAS!!!!!!!


Dengan bangganya..... Cikgu Nurhanisa naik ke pentas menerima hadiah...
dan dikuti peserta kategori Rendah Bawah....:)




Murid-murid rendah bawah nampak happy menerima hadiah masing-masing......
teruskan usaha kamu dan insyaallah mudah-mudah KEJAYAAN sentiasa mendekati kamu semua AMIN.....


Kategori Rendah Atas di pimpin oleh Cikgu Seri Memi Fauziahwati

Kategori Rendah Bawah dipimpin oleh Cikgu Nurhanisah

Gambar ramai kenang-kenangan bersama dengan GB SRMHT
YM. Cikgu Umar Ali bin Hj. Ismail.

No comments: