Wednesday, 18 February 2009

Pengawas Bahagian Kesihatan menjalankan tugas

Dalam kesibukan memberi pengajaran & pembelajaran kepada murid, guru pengawas bahagian KESIHATAN di sekolah ini ( cikgu Salinah & Cikgu Bariah ) juga mengambil berat tentang kesihatan murid-murid.
Guru pengawas bahagian kesihatan berperanan bag mengawasi kesihatan murid-murid terutama sekali berkenaan dgn "Penyakit HMF - tangan, mulut dan kaki".
Ini adalah langkah awal untuk berwaspada supaya murid-murid di sekolah ini terselamat dari gejala-gejala yang tidak diingini.
Selepas acara menaikkan bendera, baca doa dan seterusnya aktiviti membaca sifir secara ramai, murid-murid telah diperiksa kuku dan tangan mereka. Guru-guru yang menjaga hari tersebut juga sama-sama melaksanakannya.




Semua murid sentiasa diingatkan supaya menjaga kebersihan diri. Pihak pengawas kesihatan akan sentiasa mengawasi tentang kebersihan diri murid-murid. Selain daripada itu juga, untuk berjaga-jaga, murid-murid sekolah ini telah disediakan alat-alat kebersihan diri seperti penyuci tangan dan tisu pengelap supaya murid sentiasa membersihkan tangan mereka terutama sekali selepas ke tandas atau mengutip sampah.

Apa yang diharapkan, Murid-murid selalu mengamalkan kebersihan supaya kesihatan tidak mudah terjejas.

No comments: