Wednesday 18 February 2009

A SHARING LESSON PLANNING - Lesson Objectives

Untuk memperbaiki Lesson Plan guru-guru di Sekolah ini, Guru Besar bercadang mengongsikan asas SMART framework dalam penulisan 'Lesson Objectives'.

Untuk menyahut cadangan itu, Hari ini (18-02-09) SRMHT mengadakan sesi Staff Development bertajuk " A Sharing Session Lesson Planning - Lesson Objectives" yang diadakan di bilik komputer, SRMHT.
Penyampai tajuk ini adalah seorang guru di sekolah ini, Cikgu Seri Memi Fauziahwati binti Hj. Akif.


Dalam Introduksi penyampaiannya menerangkan apa yang sepatutnya dicatat dalam Persediaan Mengajar seperti mesti tercatat Minggu, Tarikh dan Hari, Matapelajaran dan Masa, Objektif, Isi pengajaran, cara penyampaian / langkah-langkah pengajaran, ABM dan Latihan.

Penyampaiannya lebih berfokuskan kepada 'Lesson Objectives'.
Lesson objectives yang baik ialah berasaskan SMART. S-Specific, M-Measurable, A-Achievable, R- Reasonable dan T-Time Frame.
Selain berasaskan SMART, penulisan objektif dalam pengajaran menjadi lebih mudah jika guru-guru berpandukan ABCD FORMAT dan TIME ELEMENT.

A- Audience "The students should be able"
B- Behaviour "draw a square"
C- Condition "using a pencil"
D- Degree "with no mistake"
Time Element - "At the end of the lesson"






Semua guru-guru yang hadir mendengar penerangan yang telah disampaikan

Di akhir penerangan, setiap guru diarahkan untuk mencuba membuat satu objektif mengikut tajuk yang dipilih berpandukan ABCD format dan TIME ELEMENT. Seterusnya guru-guru mengadakan sesi presentation dan sesi memberi komen.


Dibawah adalah sebahagian guru-guru yang tampil kehadapan,
menerangkan objektif mengikut tajuk yang dipilih.

Syabas dan Tahniah kepada guru-guru tersebut.


Cikgu Hasmah dan Cikgu Nurul Hamizah ( GURU TP - UBD ) telah memberikan kongsisama dan menerangkan objektif yang diajarkan.

Cikgu Dk. Hjh. Intan pula menyampaian objektif dalam pengajaran bahasa melayu dengan tajuk ANTONIM dan memberikan beberapa objektif dari pengajaran yang diajar.


Apa yang diharapkan, guru-guru di Sekolah ini 'apply' ABCD format dan Time Element dalam Lesson Objectives mereka. Semoga Sukses!!! :)

Diucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada Cikgu Seri Mimi kerana sudi mengongsikan ilmu beliau kepada semua. :) *THUMBS-UP* Welldone Cikgu Mimi.. :)

No comments: