Tuesday 17 February 2009

Contact Time



Hari Isnin, 16-02-09, Sekolah Rendah Muda Hashim mengadakan perjumpaan sesama guru-guru bertugas di Sekolah ini. Contact time ini dipengerusikan oleh Guru Besar sendiri, Cikgu Umarali bin Hj Ismail. Perjumpaan dimulakan pada jam 2 petang.

Antara Agenda yang mengambil tempat adalah mengenai dengan:-
  1. BRUNEI NSSCME 2008
  2. FINAL YEAR EXAMINATION 2008 RECORD
  3. PROSEB
  4. HAL-HAL LAIN
1. Secara ringkas, Trial/pelaksanaan Brunei National Study of Student Competency in Mathematics and English di Sekolah ini menunjukkan tahap National Study for Mathematics adalah di bawah standard seluruh Negara. Manakala keputusan English pula, sangat membanggakan, di mana peratusnya di atas National Standard.

2. Turut dibincangkan mengenai dengan keputusan Penilaian Hujung Tahun 2008. Guru Besar menyarankan Guru-Guru untuk terus berusaha untuk meningkatkan dalam bidang akademik.

3. PROSEB
Projek Sekolah Berkelompok.
Sekolah Rendah Muda Hashim berada di Zone B, bersama dengan Sekolah Sengakarai and Sekolah Rendah Keriam.
Hal yang telah dibincangkan dalam Contact Time ini, Sekolah Rendah Muda Hashim akan menjadi Tuan Rumah bagi Mathematics Trail. Sekolah mencadangkan aktiviti ini akan di adakan di dalam bulan April.



Perlantikan Ahli-AHli Jawatankuasa Mathematics Trail.

Pengerusi- Guru Besar SRMHT
Timbalan Pengerusi - Penolong Guru Besar SRMHT
Setiausaha 1 - Cikgu Noorhanisah
Setiausaha 2 - CIkgu Serimimi
Bendahari - Guru Besar SRMHT
Ahli-Ahli adalah terdiri dari guru-guru yang mengajar subjek Mathematics (Tahun 1-6)



4. Hal-Hal Lain
(a) Kaedah mengajar mestilah 'move away from traditional'. 'Inquiry approach' dan 'talk less & Learn More'.
(b) 'Peperiksaan' tidak lagi digunakan, dan digantikan kepada 'Penilaian'.
(c) Cikgu Naimah ada mengongsikan mengenai dengan aktiviti Sekolah ini untuk Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan. Aktivitinya adalah melaungkan lagu-lagu patriotik semasa waktu berehat. Lirik-lirik lagu telah pun diedarkan kepada murid-murid.
(d) ASEAN CORNER- Guru Besar memperlawa guru-guru sekolah ini untuk melawat ke beberapa Sekolah yang mempunyai 'THE BEST' Asean Corner. Tinjauan itu nanti akan dapat memberikan idea yang baru kepada guru-guru yang dituggaskan untuk menambah lagi isi Asean Corner Sekolah ini supaya lebih menarik dan berunsurkan 'educational' ataupun pendidikan.






Bersurai dalam jam 3.20 pm.

No comments: