Catatan Kedatangan dari SR. AR. Tg. maya, Tutong II
Catatan Kedatangan dari SR. Layong, Tutong II
Catatan Kedatangan dari SR. Long Mayan, Tutong II
Catatan kedatangan dari SR. DPS. Ukong, Tutong II
Catatan Kedatangan dari SR. Penapar, Tutong II
Catatan Kedatangan Kakitangan dari SR. Long Mayan, Tutong II
Sebahagian guru-guru yang melapor diri ke sekolah yang berdekatan.
Pada masa ini mereka berada di dalam bilik Khutub-khanah SRMHT.
Walaupun dalam kesibukan penerimaan guru-guru dari sekolah rendah Tutong II yang mana terlibat dalam kebanjiran, sekolah ini seperti biasa berjalan lancar dengan program yang telah dirancangkan seperti "Program Aktiviti Membaca dalam masa 20 minit bersama murid". "Program Intrevensi", "Program Choral Reading" bagi murid-murid yang dipilih dan sebagainya.
Cikgu Mariam binti Nasar dgn "Program Intrevensi".
Murid ini dibimbing untuk membaca dan membunyikan sukukata yang mudah.
Program Choral Reading bagi Rendah Atas.
Guru Pengawasnya Cikgu Seri Memi Fauziahwati binti Hj. Akif
Melatih murid membaca dengan cara sebutan yang betul .
Program Choral Reading bagi Rendah Bawah
Guru Pengawasnya Cikgu Nurhanisah binti Mohd. Hanafi
Murid-murid ini juga telah dilatih menyebut perkataan demi perkataan dan mengolahkan mengikut intonasi yang diberikan.
Selain daripada program di atas, sekolah ini juga mengambil insiatif memberi pengajaran awal kepada murid-murid PSR 2009 terutama sekali bagi murid yang masih memerlukan bimbingan mengikut subjeknya.
Semoga dengan usaha yang dijalankan ini akan dapat mempertingkatkan lagi AKADEMIK murid di sekolah ini. Pihak sekolah juga mengharapkan, semoga ibu bapa akan dapat melibatkan diri mendidik anak-anak masing-masing supaya mendapat keputusan yang diharap-harapkan dan mencapaikan ke arah KECEMERLANGAN.... AMIN.
Teruskan usaha kamu.... semoga Kejayaan akan sentiasa mendekati kamu.... AMIN....
No comments:
Post a Comment