Aktiviti Program Membaca selama 20 minit kepada murid-murid berjalan dengan lancar. Setiap guru ditugaskan untuk mengawas murid-murid seramai 8 ke 9 orang setiap pagi selepas selesai perbarisan/perkumpulan pagi kecuali hari khamis bagi Rendah Atas.
Ini adalah untuk memudahkan guru-guru untuk mengatasi masalah murid yang masih lemah dalam pembacaan. Dalam pada masa yang sama, guru-guru telah menjalankan sesi intervensi kepada murid yang memerlukan bimbingan. Alhamdulillah rancangan ini berjalan dengan lancar dan telah dilaksanakan oleh semua guru. Semoga dengan usaha-usaha yang diberikan sekolah ini akan mencapai akademik yang memuaskan... dan tercapai objektif yang diharapkan.

Aktiviti ECA
Bahagian ECA tidak ketinggalan untuk memberi galakan kepada murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan.
Murid-murid yang terpilih akan mewakili SRMHT dalam Perlawanan Bola Sepak dan juga Perlawanan Bola Jaring.
(gambar bawah)
Cikgu Muhd. Haszman, Ustaz Sahar dan juga Awg. Nurirol bekerjasama membuat gelangang BOLA JARING bagi memudahkan murid-murid mengadakan latihan.
Keesokan hari.....
Cikgu Normas Aizah dan juga Cikgu Farah Wahidah ( guru pengawas bahagian BOLA JARING ) bersemangat melatih murid-murid yang dipilih bagi mewakili sekolah ini.
Semoga berjaya~
No comments:
Post a Comment